Himpunan Munajat 100k anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan diadakan di Padang Merbok pada jam 4 petang hingga 9 malam hari ini. Ia sebagai bantahan terhadap kekejaman rampasan kuasa Mesir terhadap rakyatnya.

Menurut Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil, ia sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka namun pertukaran lokasi berlaku susulan perbincangan bersama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan polis Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak polis Kuala Lumpur bersetuju himpunan Sabtu diadakan di Padang Merbok dan akan mendapat kerjasama penuh daripada polis dan DBKL.

"Kami akan berbincang dengan polis Dang Wangi bagi kelancaran perjalanan program petang ini," katanya lagi,” katanya kepada Harakahdaily.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi dijangka turut hadir di munajat ini.

.