Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Damavand, Iran hari ini dikenal pasti sebagai Syed Redzuan Syed Salim Shatri.
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata rakannya Mohd Khafiz Bachok yang terlibat dalam operasi SAR mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan, 50.
Pada masa ini, mayat sedang dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan Mohd Khafiz telah secara positif mengesahkan jenazah itu ialah Syed Redzuan.
"Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp.
Rozaimi berkata operasi SAR akan diteruskan esok bagi mengesan seorang lagi pendaki iaitu Ramli Abd Majid, 44.
Sementara itu, isteri Syed Redzuan, Yuszahanim Yusoff berkata beliau sedang berusaha bersama-sama dengan pihak kedutaan Malaysia di Iran untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.
Beliau berkata, jasad suaminya telah ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand setelah enam hari operasi pencarian.
"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya.
Terdahulu Rozaimi dilaporkan berkata satu mayat ditemukan dalam operasi SAR mencari dua pendaki rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damavand, pada 20 Nov lepas.
Menurut Rozaimi, mayat itu ditemukan di Yakhar dalam keadaan berpakaian jaket merah, seluar hitam serta but mendaki.
Dua pendaki iaitu Syed Redzuan dan Ramli disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu selepas mereka terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 28 2016

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata rakannya Mohd Khafiz Bachok yang terlibat dalam operasi SAR mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan, 50. - Foto Rozaimi Mohd Said
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah pendaki Malaysia, Syed Redzuan selamat dikebumikan
Jenazah diterbangkan pulang dari Tehran ke Kuala Lumpur sekitar jam 10 malam semalam selepas dimandikan dan dikafankan di sana.

Jenazah Syed Redzuan dibawa pulang esok - Ketua Ekspedisi
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata jenazah Syed Redzuan, 50, akan dibawa pulang dari Tehran ke Kuala Lumpur pada pukul 10 malam waktu Iran.

Urusan membawa pulang jenazah pendaki ke tanah air sedang diusahakan
Urusan membawa pulang jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran, sedang diusahakan.

Operasi SAR cari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand ditunda
Pihak pasukan operasi SAR tidak memaklumkan tempoh masa penundaan tersebut tetapi akan menyambung semula usaha pencarian apabila cuaca semakin baik.

Operasi cari pendaki hilang diperluas ke Lembah Yakhar
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua rakyat Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran diperluas ke Lembah Yakhar.

Hilang di Gunung Damavand: Mayat ditemukan sah sebagai Syed Redzuan - Ketua Ekspedisi
Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Damavand, Iran hari ini dikenal pasti sebagai Syed Redzuan Syed Salim Shatri.

Hilang di Gunung Damavand: Isteri sahkan jasad Syed Redzuan sudah ditemukan
Isteri kepada Syed Redzuan Syed Salim Shatri hari ini mengesahkan jasad suaminya ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand selepas enam hari dilaporkan hilang.

Jasad dipercayai pendaki warga Malaysia yang hilang di Gunung Damavand Iran ditemui
Jasad pertama dipercayai seorang daripada dua pendaki warga Malaysia yang hilang di Gunung Damavand Iran sejak 20 November lalu telah ditemui.

Ketua ekspedisi nafi khabar angin kematian dua rakyat Malaysia di Gunung Damavand Iran
Khabar angin berhubung kematian dua pendaki rakyat Malaysia di Gunung Damavand, Iran, disangkal Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said.