Hikmah di sebalik menjalani hukuman penjara, daripada tidak mengenal huruf dalam al-Quran kini bergelar Al-Hafiz.
Faisal (bukan nama sebenar), yang disabitkan dengan kesalahan melakukan peras ugut dua tahun lepas mengakui, kehidupan sebagai penghuni tirai besi di Penjara Marang, Terengganu banyak mengajarnya mengenali al-Quran dan mendekatkan diri kepada Pencipta.
Lelaki berusia 30 tahun yang pernah menggalas jawatan penting di sebuah jabatan kerajaan itu mendedahkan, sebelum ini dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keduniaan sehingga lalai dan lupa tanggungjawab pada agamanya.
"Kehidupan saya sebelum berada di dalam penjara amat berbeza dengan sekarang... memang saya mempunyai segalanya seperti kemewahan, jawatan tinggi serta kuasa tetapi saya jahil, tidak pandai mengaji, saya lupa Allah dan apabila melihat al-Quran tidak pernah terdetik di hati saya untuk cuba membaca mahupun memahami isi kandungan kalam Allah itu.
"Alhamdulillah di sini (penjara) saya berpeluang mencari diri saya yang sebenar dan mendapat peluang kedua untuk mendalami ilmu agama, belajar tajwid, belajar membaca al-Quran dan dapat mengisi kekosongan hati yang sebelum ini saya tidak temui ketika menjalani hidup bebas di luar sana," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Marang.
Faisal yang dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun empat bulan sejak 2017 masih perlu menjalani hukuman berbaki dua tahun lagi sebelum dibebaskan.
Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, di awal kemasukannya ke penjara tersebut, dia tidak pandai membaca al-Quran malah tidak mengenali huruf jawi, namun di Rumah Mengaji itulah dia diajar membaca sehingga kini mampu menghafal lima juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.
Walaupun pada peringkat awal agar sukar baginya untuk menanam perasaan cinta kepada kalam Allah itu, namun berbekal tekad untuk berubah dia memaksa dirinya untuk belajar, malah hasil bantuan dan tunjuk ajar ustaz di penjara, ia menjadi amalan setiap hari.
Seorang lagi rakan sekelasnya Hanif, 26, (bukan nama sebenar) berkata, belajar al-Quran merupakan impian yang disembunyikan ketika dia belum dipenjarakan.
Bagaimanapun, ketika itu dia malu dan segan dengan keadaan sekeliling, tetapi ia berubah apabila dimasukkan ke situ April tahun lalu, berikutan kesalahan penyalahgunaan dadah, samun dan memeras ugut.
"Dulu saya ingin belajar al-Quran tapi dengan umur yang telah dewasa dan persekitaran setempat membuatkan keinginan tersebut terkubur begitu sahaja. Lagi pun saya malu untuk belajar kerana saya terlibat dengan pelbagai masalah sosial di luar sana.
"Apabila saya dimasukkan ke sini (penjara) saya memohon untuk masuk ke Rumah Mengaji agar dapat mengejar impian untuk belajar agama. Di sini tiada istilah malu untuk belajar kerana kami diajar untuk saling membantu dan memberi sokongan moral sesama kami," katanya.
Tambahnya, di Rumah Mengaji mereka diajar pelbagai ilmu agama termasuklah bertadarus dan hafazan al-Quran malah bermula daripada membaca Iqra', kini beliau sudah mampu menghafaz.
Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Ahmad Saidi Hamzah berkata, melalui pembelajaran di Rumah Mengaji, penghuni Penjara Marang dapat mendalami ilmu agama dan membaiki akhlak mereka sepanjang tempoh menjalani hukuman.
"Program rumah mengaji ini merupakan kesinambungan program pembangunan Islam yang daripada sini kami akan mencungkil bakat-bakat banduan dan bagi mereka yang berkebolehan akan dipilih menyertai program hafazan yang berlangsung di luar penjara," katanya.
Tambah beliau lagi, kini seramai 30 hingga 35 banduan ditempatkan di Rumah Mengaji tersebut dan perlu mengikuti kelas al-Quran seawal 8 pagi hingga 5 petang.
Menurut Ahmad Saidi, di penjara tersebut banduan akan diberi pendedahan dan pengisian agama oleh ustaz daripada Jabatan Agama Islam dan bagi banduan beragama lain akan diajar oleh guru agama masing-masing melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkolaborasi bersama Penjara Marang. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2019

Ahmad, 17, asalnya seorang pelajar cemerlang merengkok dalam Penjara Marang kerana ketagihan air ketum. Dia kini menyesal dengan kesilapan yang dilakukannya. - Gambar BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Hikmah masuk penjara, akhirnya bergelar Al-Hafiz
Hikmah di sebalik menjalani hukuman penjara, daripada tidak mengenal huruf dalam al-quran kini bergelar Al-Hafiz.