Pendekatan hidup bersama dalam negara majmuk seperti Malaysia bukan lagi pilihan, sebaliknya satu kewajipan bagi menangani realiti dunia hari ini, kata presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Ahmad Azam Abdul Rahman.
Katanya masyarakat Malaysia perlu mengiktiraf kepelbagaian dan perbezaan di kalangan mereka sama ada dari segi kaum, etnik dan kepercayaan kerana menafikan realiti seperti itu boleh mendorong kepada perbuatan zalim serta mengundang pelbagai masalah dalam negara.
Menurutnya model negara yang menggunakan pendekatan hidup bersama dan berjaya pernah wujud dalam sejarah lampau seperti di Andalusia (Sepanyol) dan ia boleh diteliti serta diubah suai berdasarkan kesesuaiannya di negara ini.
Katanya melalui penelitian model-model lampau berkenaan, Malaysia juga boleh mencipta model hidup bersama yang baharu untuk gagasan Malaysia Baharu dengan menterjemahkan nilai-nilai agama ke dalam dunia kontemporari pada Sabtu.
"Kepelbagaian kita bukan bebanan sejarah. Kalau dianggap beban sejarah, kita ada masalah. Kepelbagaian kita satu kekuatan. Kepelbagaian negara kita adalah keistimewaan. Ia merupakan peluang mencipta model (hidup bersama) yang baharu dengan kekuatan masing-masing," katanya.
Ahmad Azam berkata demikian ketika menyampaikan ucap utamanya pada majlis Wacana Fiqh Malaysia 2018: Gagasan Malaysia Baharu Dalam Pembangunan Masyarakat Plural di sini hari ini. Wacana berkenaan dianjurkan bersama oleh WADAH, ABIM, Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dan beberapa pertubuhan lain.
Justeru, beliau berkata pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan, perlu menganjurkan lebih banyak wacana tentang masyarakat majmuk bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan masyarakat seperti itu secara terbuka, berdasarkan budaya ilmu dan bukan emosi.
Sementara itu, 14 resolusi dicapai hasil pembentangan lima kertas kerja oleh lima panel sepanjang program separuh hari itu.
Antara resolusi berkenaan termasuklah menyarankan pembinaan budaya politik baharu berasaskan nilai, demokrasi dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat plural serta memanfaatkan modul kerukunan hidup seperti yang ditunjukkan dalam Piagam Madinah dan bangsa di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 01 2018

Masyarakat Malaysia digesa mengiktiraf kepelbagaian dan perbezaan di kalangan mereka. - Gambar hiasan

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.

RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.

Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.

HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.