TANJUNG MALIM: Kajian bagi menjadikan hidrogen sebagai sumber tenaga baharu negara kini di peringkat prototaip, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited sebagai penyedia aspek teknikal bagi menjadikan hidrogen sebagai sumber tenaga baharu dalam usaha negara beralih dari tenaga elektrik kepada tenaga boleh diperbaharui.
"Memang kita di MOSTI menyediakan dari segi teknikal dan sains dalam usaha kerajaan mencari tenaga diperbaharui, contohnya hidrogen sebagai tenaga alternatif.
"Ia juga akan membantu ke arah menangani kesan perubahan iklim termasuk mengurangkan pelepasan karbon ke udara," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Tanjung Malim di sini semalam.
Sementara itu Chang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata MOSTI turut komited dalam mengaplikasikan sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi membantu jaminan keselamatan makanan negara.
Ia termasuk mewujudkan lebih banyak benih tanaman tahan rintangan cuaca berikutan perubahan iklim kebelakangan ini.
Katanya ia merupakan antara fokus utama kementerian yang antaranya menggunakan pendekatan STI bagi menyelesaikan masalah rakyat dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Chang berkata MOSTI turut komited dalam mengaplikasikan sains, teknologi dan inovasi bagi membantu jaminan keselamatan makanan negara. - Gambar fail Bernama
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Vortex jual 45 peratus pegangan dalam Vortex Solar kepada KWAP
Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Ma