Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa tiada sebarang penutupan sekolah di Kedah setakat ini akibat kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan maklumat yang tular di media sosial yang mendakwa 11 sekolah di Kuala Muda terlibat dengan kes HFMD.
Sebaliknya beliau berkata hanya satu kluster HFMD dilaporkan berlaku di SJK(C) Tai Tong Taman Kempas dan satu notifikasi kes diterima melibatkan SK Teluk Wang.
"Bagaimanapun sekolah ini atau kelas di dalam sekolah terbabit tidak ditutup," tegasnya menerusi satu kenyataan media pada Ahad.
Beliau berkata sekolah tersebut tidak ditutup kerana mengambil kira hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan HFMD kepada murid-murid lain.
"Keadaan pelajar-pelajar yang terlibat di dua buah sekolah berkenaan adalah stabil dan terkawal," katanya.
Menerusi maklumat yang ditularkan di media sosial, terdapat 11 sekolah didakwa terlibat dengan kes HFMD, antaranya SK Hj Nyak Gam, SK Laguna Merbok, SK Seri Pinang, SK Sg. Pasir, SJK(C) Sin Kwang, SKJ(C) Sin Min B, SK Kem Lapangan Terbang, SJK(T) Saraswaty dan SK Ibrahim.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya, terutama maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu selain daripada KKM.
"Orang ramai juga diminta agar mengelak daripada menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jul 22 2018

Dr Noor Hisham menyangkal dakwaan yang tular di media sosial kononnya 11 sekolah di Kuala Muda terlibat dengan kes HFMD. - Astro AWANI
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

HFMD: Empat taska diarah tutup sementara di Melaka
Sebanyak 12 kes terbaru penyakit HFMD dikesan di dua daerah di Melaka sejak awal bulan ini hingga 21 Julai lalu.

HFMD: Tiada penutupan sekolah di Kedah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan yang tular di media sosial kononnya 11 sekolah di Kuala Muda terlibat dengan kes HFMD.