Kerajaan negeri meminta agensi kerajaan menghentikan sementara sebarang aktiviti di kawasan Tasik Kenyir bagi mengelak sebarang kejadian buruk.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat berkata langkah berkenaan perlu dilaksanakan berikutan keadaan cuaca semasa yang tidak menentu.
Beliau yang juga Adun Kawasan Telemong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian 26 kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) serta anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkandas di Gunung Gagau, Tasik Kenyir sejak tiga hari lalu.
Mereka yang dikatakan membuat kerja-kerja ukur berhampiran gunung berkenaan dijangka keluar menggunakan helikopter namun gagal keluar berikutan faktor cuaca.
Jabatan bomba dan penyelamat mula memasuki kawasan terbabit kira jam 8:00 pagi tadi menggunakan bot kira bagi membantu membawa keluar kesemua mereka ke pengkalan Gawi.
Dalam pada itu, Datuk Rozi berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengatasi jalan yang rosak di laluan menghala ke Tasik Kenyir.
Sehubungan itu, beliau meminta pengguna jalan raya supaya mendapatkan maklumat dari MKN dan JKR mengenai jalan yang rosak dan ditenggelami air bagi mengelak terperangkap dalam perjalanan.
Astro Awani
Mon Dec 22 2014
ROZI MAMAT: Langkah berkenaan perlu dilaksanakan berikutan keadaan cuaca semasa yang tidak menentu - Foto Facebook
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hentikan sementara sebarang aktiviti di kawasan Tasik Kenyir
Kerajaan negeri meminta agensi kerajaan menghentikan sementara sebarang aktiviti di kawasan Tasik Kenyir bagi mengelak sebarang kejadian buruk.
Kumpulan 26 orang terkandas di puncak Gunung Gagau dilaporkan selamat
Kesemua 26 orang yang terkandas di puncak Gunung Gagau, Kuala Berang, dilaporkan dalam keadaan selamat.
Tarikan geowarisan di Gunung Gagau
Penemuan fosil dinosaur adalah khazanah yang tidak ternilai dan mampu menjadikannya satu lagi tarikan pelancongan kepada negara.