Selepas 39 tahun beroperasi, Hentian Puduraya dinaiktaraf pada 2011 dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Namun, selepas empat tahun dinaiktaraf dengan nama Pudu Central, kaedah penjualan tiket masih tidak berubah.

Ini kerana ada segelintir syarikat bas ekspres yang tidak mempunyai kuanter jualan dan ini secara tidak langsung mengalakkan gejala penjual tiket bas haram atau sering digelar sebagai 'ulat tike'.

Dari luaran bangunan ini kelihatan cukup megah setelah dinaiktaraf.

Selain namanya diubah ia juga menjadi lokasi menempatkan kemudahan pelbagai guna untuk orang ramai iaitu Pusat Transformasi Bandar atau UTC.

Namun tinjauan di dalamnya, pengusaha bas ekspres dilihat masih menggunakan sistem manual untuk menjual tiket.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dalam reaksinya berkata bagi memudahkan pengguna, pengusaha bas ekspres digesa menggunakan sistem penjualan tiket secara elektronik dan bersepadu seperti di Terminal Bersepadu Selatan, (TBS).

"Pengusaha perlu memberikan perkhidmatan yang cepat, efisyen, dan senang untuk penumpang,” kata Syed Hamid kepada pemberita pada Rabu.

Kebanyakan pemilik bas ekspres yang membuka kaunter tiket di Pudu Sentral merupakan pengusaha syarikat bas kecil-kecilan.

Jelas Syed Hamid, dalam usaha mengubah kaedah perkhidmatan lebih baik, pemilik bangunan itu sendiri perlu memperkenalkan sistem elektronik.

“Saya harap UDA dapat buat apa yang dibuat TBS supaya guna sistem elektronik jadi semua orang akan selamat dan tidak ada 'ulat',” jelas beliau.

Ia juga dapat membantu kerja-kerja penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

Transformasi Hentian Puduraya:

2 Disember 1976
Perdana Menteri Tun Hussein Onn merasmikan Hentian Puduraya.

26 April 2009
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Hentian Puduraya dibaikpulih.

Mac 2010
Hentiraya Puduraya ditutup untuk proses membaikpulih.

27 Ogos 2011
Najib Razak merasmikan Hentikan Puduraya yang dinaiktaraf dan ditukar nama ke Pudu Sentral

23 Sept 2012
Pudu Sentral atau lebih dikenali sebagai UTC Kuala Lumpur menempatkan pusat sehenti agensi-agensi kerajaan-agensi kerajaan.