Keluarga Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias meminta agar semua pihak menghentikan perbuatan menyebarkan berita tidak benar mengenai keadaan kesihatan penceramah bebas itu.
Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin berkata sebagai anggota keluarga terdekat mereka berasa kecewa apabila ada pihak yang mendakwa adiknya terkena sihir, sedang nazak dan sudah kembali ke rahmatullah.
"Viral tersebut menjadi bualan di media sosial, ini adalah sesuatu yang sensitif dan tidak boleh diterima oleh pihak keluarga," katanya kepada pemberita di Pusat Islam Al-Barakah di Manjoi di sini, hari ini.
Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 8 pagi semalam, setelah mengadu kepenatan selepas baru pulang dari menyampaikan ceramah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Katanya, tindakan beliau mengadakan sidang media itu adalah untuk memaklumkan tentang perkembangan kesihatan Ustaz Kazim kepada peminatnya agar ia tidak bercanggah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
"Peminat Ustaz Kazim di seluruh Malaysia dan dunia ingin mengetahui perkembangan Ustaz Kazim, ini (sidang media) adalah yang terbaik kita lakukan supaya tidak ada sumber yang bercanggah," jelasnya.
Mengenai perkembangan kesihatan Ustaz Kazim, Mohd Najmuddin berkata adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan pada jam 12.20 tengah hari tadi beliau menjalani pemeriksaan endoskopi untuk mengetahui punca sebenar sakit perut yang dialami.
"Keputusan pemeriksaan itu akan diberitahu oleh pakar perubatan petang ini," katanya sambil menambah Ustaz Kazim meminta semua pihak bertenang dan tidak panik.
Menurutnya, buat sementara waktu hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk melawat Ustaz Kazim di hospital tersebut.
Dalam pada itu, Mohd Najmuddin berkata beliau akan menggantikan tempat Ustaz Kazim dalam menyampaikan ceramah yang telah ditetapkan oleh penganjur sehingga adiknya sembuh seperti sedia kala.
"Saya akan berbincang dengan pihak hospital dan Ustaz Kazim sendiri berapa lama dia akan berehat," katanya yang juga akan menggantikan adiknya dalam menyampaikan ceramah di Dewan Serbaguna di Tronoh dekat sini, malam ini.
Pada Februari lalu, Ustaz Kazim di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di pekarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bachok di Kelantan.
Beliau yang disahkan mengalami serangan jantung, mendapat rawatan susulan di Hospital Pakar KPJ Ipoh selama seminggu dan dinasihatkan berehat selama tiga bulan sebelum aktif semula berceramah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2016
Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 8 pagi semalam, setelah mengadu kepenatan selepas baru pulang dari USM Pulau Pinang. - Gambar fail
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU15: Tidak mahu bertembung dengan Abang punca Kazim Elias tarik diri - Ahmad Maslan
Ahmad berkata, keputusan itu mempunyai kaitan dengan abangnya yang turut bertanding di DUN Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional.
COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'
Iqram Dinzly punya pemikiran halus - Ustaz Kazim Elias
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengakui gembira apabila dapat bertemu dengan Iqram Dinzly selepas mereka lama tidak berjumpa.
Kes cabul Maahad Tahfiz, polis masih lengkapkan siasatan
Polis Perak sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii membabitkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah di Manjoi.
Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina
Ustaz Kazim berkata, beliau membuat laporan itu kerana merasakan komen-komen negatif yang dibuat oleh dua individu terbabit memalukannya.
Cabul: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi
Pendedahan butiran dakwaan cabul di sebuah sekolah tahfiz menimbulkan tuduhan Syed Azmi ingin menjatuhkan institusi Islam.
Insiden cabul: Maahad tahfiz dalam seliaan negeri, kementerian tidak campur tangan - Mahdzir
Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan dalam isu dakwaan penderaan seksual melibatkan sebuah sekolah agama kerana ia di bawah kerajaan negeri.
Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'
Aduan yang diterima aktivis sosial, Syed Azmi mendakwa pelajar telah diraba dan diminta memberi dan menerima seks oral.
Soal pakaian dan hukum fiqh: Tidak salah 'meniru' cara orang Arab
Bagi si pemakai, atau lebih tepat bagi yang memahami maksud pemakaian purdah/niqab, ia dilakukan demi mendapatkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah.
Dr Maza dan Ustaz Kazim berdamai
Kedua sosok agamawan itu bertemu di sebuah Cafe di Kangar malam tadi.