Persatuan Pengguna-pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri supaya menghentikan semua projek pembangunan sehingga masalah banjir tidak lagi menghantui penduduk di negeri ini.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subarrow berkata kejadian banjir kilat yang sering berlaku di negeri ini amat membimbangkan dan semakin buruk.
"Semua projek pembangunan mesti dihentikan serta-merta bagi mengatasi masalah banjir. Banyak kawasan sebelum ini yang tidak pernah dilanda banjir, kini dinaiki air disebabkan sistem perparitan yang sudah ketinggalan zaman dan pembangunan berlebihan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Subarrow berkata banjir kilat itu turut menyebabkan kemeriahan sambutan Deepavali, yang juga dikenali sebagai pesta cahaya, bertukar suram apabila banyak rumah digenangi air.
"Kenderaan menjadi rosak, kerugian beribu-ribu ringgit, dan tiada apa yang dilakukan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah banjir ini," katanya.
Petang semalam, banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah Timur Laut Pulau Pinang, mengakibatkan kesesakan lalu-lintas dan penutupan jalan berikutan kenaikan paras air.
Lebih 600 orang dari pelbagai lokasi terjejas akibat banjir itu dan Jabatan Pengairan dan Saliran menyimpulkan bahawa sistem saliran yang tidak sistematik adalah satu daripada punca banjir selain hujan lebat di luar jangkaan.
Kira-kira 20 mangsa dari Jalan P. Ramlee dipindahkan dari rumah mereka dan dibawa ke Masjid Hashim Yahaya berdekatan Jalan Perak untuk berteduh dan pada 12.30 malam, air kembali surut dan jalan raya dibuka semula kepada lalu-lintas.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu-lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menggesa kerajaan persekutuan supaya meluluskan peruntukan RM350 juta bagi mengurangkan masalah banjir kilat di negeri ini. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
Pada petang Sabtu, banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah Timur Laut Pulau Pinang, mengakibatkan kesesakan lalu-lintas dan penutupan jalan berikutan kenaikan paras air. - fotoBERNAMA
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Banjir pulih, PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru ditutup
Penutupan satu-satunya PPS itu dimaklumkan Pegawai Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat
Dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat 9 malam tadi.
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
Sampah sarap penuhi jalan raya, banjir landa bandar di Sepanyol
Sebuah rakaman video mendedahkan sampah sarap terapung di sekitar jalan raya di Malaga di Sepanyol akibat banjir tular pada Rabu manakala Sungai Guadalmedina bertukar keruh.