Pengguna shisha dan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape, dinasihatkan berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.
Menasihatkan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan vape dan shisha kepada kesihatan.
"Pada pandangan kementerian, kami menganggap ia sebagai satu lagi bentuk rokok tetapi caranya berbeza. Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama.
"Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Rokok elektronik adalah satu alat yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair bagi menghasilkan wap.
Baru-baru ini, laporan media mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir penghisap rokok elektronik.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementerian juga tidak menggalakkan mana-mana pihak untuk menanam ketum sebagai sumber ekonomi kerana ia membawa kepada masalah sosial yang besar dalam kalangan generasi muda.
"Contohnya murid sekolah campur air ketum dengan Coca Cola sebelum pergi ke sekolah. Di sekolah mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk mendapat pendidikan," katanya.
Cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi memasukkan takrifan baharu bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada sesi parlimen lepas.
Bagaimanapun, menurut Dr Subramaniam ia ditangguhkan sementara bagi membolehkan kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil kira pandangan para anggota Parlimen.
Bernama
Wed Aug 12 2015
![Henti sementara penggunaan vape, shisha - Dr Subramaniam Henti sementara penggunaan vape, shisha - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41439296322_ECigarette.jpg)
Dengan vape, pengguna mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama. - Gambar hiasan
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685981308_Genericvape.jpg)
Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.
![MCTC kesal KKM keluarkan nikotin daripada senarai racun MCTC kesal KKM keluarkan nikotin daripada senarai racun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607436657_vape.jpg)
MCTC kesal KKM keluarkan nikotin daripada senarai racun
MCTC terkilan akan keputusan itu sungguhpun sudah banyak desakan dan rayuan dibuat pakar kesihatan.
![Vape tidak perlu diharamkan, pastikan pengeluaran ikut piawai - NCSM Vape tidak perlu diharamkan, pastikan pengeluaran ikut piawai - NCSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680427124_vape.jpg)
Vape tidak perlu diharamkan, pastikan pengeluaran ikut piawai - NCSM
Kita harus sedar sebahagian rakyat Malaysia bergantung kepada industri vape untuk mencari rezeki.
![Ketagihan nikotin dalam vape, rokok konvensional sama mudarat - NARCC Ketagihan nikotin dalam vape, rokok konvensional sama mudarat - NARCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680621739_Vape.jpg)
Ketagihan nikotin dalam vape, rokok konvensional sama mudarat - NARCC
Lebih membimbangkan apabila remaja anggap ketagihan mereka kerana perisa dan bau vape, sedangkan produk tersebut merosakkan kesihatan.
![Ahli farmasi bantah cadangan pengecualian cecair, gel nikotin dalam Akta Racun 1952 Ahli farmasi bantah cadangan pengecualian cecair, gel nikotin dalam Akta Racun 1952](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614325868_TBamrahubuang.jpg)
Ahli farmasi bantah cadangan pengecualian cecair, gel nikotin dalam Akta Racun 1952
Amrahi berkata cadangan sedemikian akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dan bukan untuk kepentingan negara.
![Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021 Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607431354_Vape.jpg)
Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021
Pengilang tempatan juga perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun.
![Peraturan kawal selia vape ambil kira kandungan cecair, penjualan di pasaran - Dr Lee Peraturan kawal selia vape ambil kira kandungan cecair, penjualan di pasaran - Dr Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41575071924_Vape.jpg)
Peraturan kawal selia vape ambil kira kandungan cecair, penjualan di pasaran - Dr Lee
Ia bagi memastikan kandungan cecair vape tidak dicampurkan dengan bahan kimia lain dan penjualannya hanya terhad kepada golongan dewasa sahaja.
![Belum ada permohonan jadikan vape cara rawatan berhenti rokok Belum ada permohonan jadikan vape cara rawatan berhenti rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573879237_TBLeeBoonChye.jpg)
Belum ada permohonan jadikan vape cara rawatan berhenti rokok
Setakat ini, Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan hanya meluluskan dua cara sahaja untuk berhenti merokok iaitu menggunakan gula-gula getah atau chewing gum dan patch.
![Vape, rokok elektronik mungkin diharamkan - Timbalan Menteri Kesihatan Vape, rokok elektronik mungkin diharamkan - Timbalan Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554811254_Vape.jpg)
Vape, rokok elektronik mungkin diharamkan - Timbalan Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.
![Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554811254_Vape.jpg)
Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM
Kementerian juga tidak menerima sebarang maklumat bahawa cecair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada paru-paru.