GUA MUSANG: Sejumlah 21 tan bantuan bekalan makanan untuk 1,400 keluarga masyarakat Orang Asli mula dihantar ke beberapa perkampungan mereka di sini menggunakan helikopter Mi-17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Bantuan dihantar ke perkampungan Orang Asli termasuk di Pos Gob, Pos Belatim, Pos Bihai, Pos Balar dan kampung sekitar menggunakan helikopter susulan lokasi terlibat terputus hubungan kerana laluan balak rosak teruk akibat hujan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusoff berkata perkhidmatan Unit Udara JBPM Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang diperlukan kerana tiada jalan darat yang boleh digunakan untuk memasuki perkampungan terlibat.
"Apabila terputus jalan perhubungan, masyarakat Orang Asli kehabisan bekalan makanan kerana tanaman ubi juga tidak menjadi akibat kehadiran gajah di tempat mereka.
"Hari ini kita akan mulakan penghantar ke perkampungan yang paling jauh dan sukar iaitu Kampung Gawin yang melibatkan 43 keluarga dan seterusnya ke Kampung Gob yang mempunyai 144 keluarga," katanya ketika ditemui pemberita di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang, di sini hari ini.
Ab Aziz berkata sekiranya cuaca baik penghantaran akan diteruskan ke Kampung Simpor dan Kampung Jader yang secara keseluruhan mempunyai 232 keluarga yang terjejas.
"Diharap dengan bantuan bekalan makanan antaranya beras, gula, biskut, sardin dan tepung gandum ini dapat menampung keperluan mereka sementara menunggu keadaan cuaca bertambah baik," katanya.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguatkuasa Bomba Mohd Azuna Mohamed Sabri berkata kesemua kru penerbangan yang menghantar bantuan makanan tersebut, terlibat dengan bantuan banjir di Wakaf Tapai, Terengganu, sejak seminggu lepas sebelum tiba di Gua Musang bagi meneruskan bantuan di daerah ini.
"Penerbangan melibatkan sembilan orang kru dan kami akan menghantar 21 tan bekalan ke perkampungan Orang Asli. Penghantaran akan dilaksanakan sekurang-kurangnya lima hari untuk sampai ke semua tempat yang terlibat,
"Kalau ikutkan kita bermula semalam tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kita terpaksa melakukan penerbangan hari ini," katanya.
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dalam kenyataan menyebut penghantaran bakul makanan menggunakan helikopter itu bermula hari ini hingga 30 Dis melibatkan Pos Bihai dengan 304 ketua isi rumah, Pos Balar (223), Pos Simpor (210), Pos Gob (187) dan Pos Belatim (185).
Menurut Jakoa keperluan penghantaran bakul makanan sememangnya dalam perancangan, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan penugasan helikopter JBPM di kawasan terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.
Kenyataan itu memaklumkan penghantaran melalui kenderaan darat pula tidak dapat dilaksanakan disebabkan keadaan jalan yang teruk serta terdapat runtuhan tanah yang berlaku di antara Pos Balar dan Pos Belatim berhampiran Kampung Dakoh.
Sehubungan itu, Jakoa telah berbincang dan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi kerja-kerja pembersihan runtuhan serta pembaikan cerun.
Bagaimanapun, menurut Jakoa kerja-kerja di lapangan mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan keadaan jalan dan cuaca masih buruk menyukarkan jentera berat untuk sampai ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022

Bantuan dihantar ke perkampungan Orang Asli menggunakan helikopter susulan lokasi terlibat terputus hubungan. - Gambar fail
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Banjir: Wanita warga emas terputus hubungan dengan anak ditemukan selamat
Anak perempuan kepada warga emas itu membuat hantaran di laman sosial TikTok selepas buntu kerana tidak dapat menghubungi ibunya.

Banjir Kedah: Bomba selamatkan wanita lumpuh terperangkap dalam rumah dinaiki air
Seorang wanita yang menderita penyakit saraf dan lumpuh seluruh badan diselamatkan pasukan bomba selepas kediamannya di Kampung Tanjung, di sini dinaiki air pada Khamis.

9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.

Helikopter terputus hubungan di timur Indonesia
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 300 anggota daripada pelbagai agensi sedang dijalankan di lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan.

Penduduk Felda Chiku 7, 8 di Gua Musang terkandas
Lebih 1,500 penduduk di Felda Chiku 7 dan 8 di sini terkandas selepas jambatan yang menjadi penghubung utama dengan kawasan luar ditenggelami banjir awal pagi Ahad.

Tanah runtuh: Jalan hubungkan empat kampung Orang Asli kini boleh dilalui
Jalan yang menghubungkan empat kampung dengan bandar Gua Musang itu bagaimanapun hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

Gangguan talian, 10 juta pengguna telefon, internet di Australia terjejas
Gangguan rangkaian Optus, penyedia khidmat telefon bimbit kedua terbesar di Australia, melumpuhkan perkhidmatan telefon dan internet bagi lebih 10 juta orang pada Rabu.

Doctors Without Borders terputus hubungan dengan wakil di Gaza
Doctors Without Borders (MSF) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan mengenai situasi di Gaza dan kumpulan itu kini terputus hubungan dengan beberapa rakan sekerja di lapangan, lapor Agensi Anadolu.

Gempa bumi Maghribi: Usaha mencari dan menyelamat diteruskan
Angka rasmi kerjaan meletakkan sebagai sekurang-kurangnya 2,122 penduduk terkorban manakala lebih 2,421 cedera.

Tanah runtuh: 1,000 penduduk Orang Asli Pos Gob terputus hubungan
Akibat kejadian, penduduk tidak dapat pergi ke bandar Gua Musang untuk urusan harian dan membeli barangan keperluan.