MELAKA: 'Keseronokan' empat lelaki dipercayai dari kumpulan kongsi gelap, 'Geng 36', melakukan samun dengan menggunakan kenderaan mewah, berakhir apabila mereka dicekup pihak polis.
Lebih licik, kesemua suspek berkenaan dikatakan menggunakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas kapasiti menjalankan perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melepasi sekatan jalan raya.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua suspek berusia 34 hingga 37 tahun ditahan tiga hari selepas melakukan samun berkumpulan di sebuah kondominium mewah di Klebang dan melarikan pelbagai barangan bernilai kira-kira RM1.2 juta.
Abdul Majid berkata, dalam kejadian pada 4 Jun lalu, mangsa, seorang ahli perniagaan bersama isteri berusia 42 tahun telah diikat sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pisau sebelum menyamun pelbagai barang kemas, wang tunai dan sebuah kenderaan utiliti sport (SUV) jenis Range Rover dianggarkan bernilai RM1.2 juta.
Mangsa kemudian membuat laporan keesokan harinya dan hasil siasatan mendapati, mangsa dikunjungi empat lelaki tidak bertopeng kira-kira jam 8.30 malam, sebelum kumpulan itu bertindak mengacukan senjata tajam dan mengikat mangsa bersama isteri serta dua anak mereka berusia 8 dan 9 tahun.
"Pihak polis terima laporan dari seorang lelaki yang mengatakan pada jam 8.30 malam di kediamannya di Klebang, Melaka, bahawa dia dan isterinya telah disamun oleh empat lelaki yang menggunakan parang dan mereka juga diikat.
"Nilai barang yang disamun adalah RM1.2 juta yang terdiri daripda barang kemas, duit dan juga sebuah Range Rover. Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 395 dan 379 (a) Kanun Keseksaan atas kesalahan samun dan curi kenderaan," ujar Abdul Majid.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Jumaat.
Mengulas lanjut, ujarnya, kesemua suspek berkenaan kemudian dicekup kira-kira jam 3.45 petang Isnin lalu di sebuah rumah di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Jelasnya, hasil serbuan berjaya menemui barang-barang yang telah disamun, termasuk SUV jenis Range Rover berwarna putih. Selain itu, pihaknya turut merampas dua lagi kenderaan yang digunakan untuk melakukan samun iaitu Toyota Vellfire dan Toyota Hilux.
Kesemua suspek juga mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jun 11 2021
![Helah 'Geng 36' guna surat MITI untuk rentas negeri, rupanya menyamun lebih RM1.2 juta Helah 'Geng 36' guna surat MITI untuk rentas negeri, rupanya menyamun lebih RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623406605_gengpolismelak.jpg)
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali (tengah) melihat koleksi senjata milik mangsa yang disamun kongsi gelap Geng 36 pada sidang akhbar pada Jumaat. - Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA 2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51593429146_TBGARI.jpg)
2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA
Dengan penangkapan ahli kongsi gelap tersebut, kadar jenayah melibatkan kumpulan kongsi gelap di Selangor agak terkawal.
!['Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani 'Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547433490_tembakmati.jpg)
'Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani
Suspek lelaki mati ditembak polis di Kampung Jerung, Jalan Ketil, Sungai Petani, awal pagi tadi sememangnya amat dikehendaki polis.