Suspek lelaki yang mati ditembak polis di Kampung Jerung, Jalan Ketil, di sini, awal pagi tadi sememangnya amat dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam kes bunuh, pengedaran dadah serta samun bersenjata.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, SAC Mior Farid Alatrash Wahid, memaklumkan, suspek diburu polis selepas melepaskan tembakan di Flat Paya Nahu, Sungai Petani lewat malam tadi.
“Kita (polis) telah berbalas tembak dengan seorang lelaki berusia 28 tahun, dia ini memang seorang yang dikehendaki polis dan ada tiga rekod wanted (dikehendaki) dan dikehendaki polis lebih kurang sebelas rekod siasatan lampau,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya susulan insiden itu, polis telah memburu kereta Jenis Toyota Vios berwarna putih dengan nombor pendaftaran palsu yang dinaiki suspek selepas kejadian itu.
Bagaimanapun pada jam 5.20 pagi polis menemui kenderaan suspek di Jalan Lencong Timur dan mengejar lebih 15 kilometer sebelum berjaya menyekat kereta suspek di Jalan Kampung Jerung.
Polis kemudian mengarahkan suspek memberhentikan keretanya namun suspek terus memecut laju dan terbabas ke dalam longkang.
Suspek kemudian meluru keluar dari kereta dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis..
Polis membalas tembakan mengenai bahagian kepala dan dada sehingga mengabatkan suspek rebah.
Selepas kejadian itu polis menemui sepucuk pistol Semi Auto 9MM jenis Baretta di tepi suspek serta 74 paket plastik kecil yang mengandungi dadah jenis heroin.
Rekod kesalahan lampau suspek mendapati suspek terbabit dalam kes bunuh seorang wanita di Flat Paya Nah pada 2018 serta kes samun dan memiliki senjata bahaya.
Suspek juga merupakan ahli kongsi gelap ‘Geng 36’.
Dengan menembak mati suspek polis yakin berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah berat disekitar Sungai Petani..
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Mayat suspek di Hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 14 2019
!['Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani 'Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547433490_tembakmati.jpg)
Selepas kejadian itu polis menemui sepucuk pistol Semi Auto 9MM jenis Baretta di tepi suspek serta 74 paket plastik kecil yang mengandungi dadah jenis heroin. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA 2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51593429146_TBGARI.jpg)
2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA
Dengan penangkapan ahli kongsi gelap tersebut, kadar jenayah melibatkan kumpulan kongsi gelap di Selangor agak terkawal.
!['Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani 'Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547433490_tembakmati.jpg)
'Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani
Suspek lelaki mati ditembak polis di Kampung Jerung, Jalan Ketil, Sungai Petani, awal pagi tadi sememangnya amat dikehendaki polis.