KUALA LUMPUR: Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mewujudkan Wad Polis Diraja Malaysia di HCTM (PDRM @ HCTM) dalam masa terdekat.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata idea mewujudkan Wad PDRM @ HCTM adalah hasil daripada pertemuan antara Pengurusan Tertinggi UKM dengan PDRM pada tahun lalu.
“PDRM merupakan antara anggota keselamatan utama negara yang berhadapan dengan risiko yang tinggi. Justeru itu, UKM tampil menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada PDRM dengan menyediakan wad ini untuk keselesaan anggota,” katanya dalam satu kenyataan ketika menyampaikan ucapan semasa Lawatan Ketua Polis Negara dan Taklimat Wad PDRM @ HCTM, di sini hari ini.
Delegasi PDRM ke UKM diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Jelas Dr Mohd Ekhwan lagi, kolaborasi antara PDRM dan UKM sudah lama terjalin melalui penawaran program diploma untuk pegawai kanan PDRM.
Kemudian pada tahun 2005 dan 2017, kerjasama tersebut diperkukuhkan dengan termeterainya Perjanjian Kerjasama antara PDRM dengan UKM melalui penawaran Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan, ujarnya,
“Sehingga kini seramai 496 pegawai kanan PDRM telah menamatkan pengajian bagi kedua-dua program dengan jayanya,” katanya.
Sementara itu, Acryl Sani dalam ucapannya berkata projek Wad PDRM @ HCTM adalah lembaran baharu yang dibuat oleh UKM kepada PDRM.
“Terima kasih kepada UKM, khususnya HCTM yang menghulurkan tangan untuk sama-sama membantu warga PDRM dengan penyediaan wad yang serba moden ini.
“Saya harap projek ini akan berjalan dengan lancar dan menepati sasaran masa yang telah kita tetapkan. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan dapat dimantapkan dan diteruskan lagi di masa akan datang,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa jika wad itu direalisasikan, pihaknya akan menjadikan projek tersebut sebagai platform kepada perbincangan dengan hospital pembelajaran yang lain seperti Hospital Pembelajaran Universiti Putra Malaysia di Serdang dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Mengikut perancangan, Wad PDRM @ HCTM bakal menempatkan sebuah bilik rawatan VIP, empat buah bilik rawatan berdua, 11 ruang kubikel atau wad terbuka, ruang menunggu atau ruang tetamu dan ruang sokongan klinikal.
Ia dijadual siap pada Januari 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM6.3 juta.
Astro Awani
Thu Feb 10 2022

Idea mewujudkan Wad PDRM @ HCTM adalah hasil daripada pertemuan antara Pengurusan Tertinggi UKM dengan PDRM pada tahun lalu. - Foto/fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
Polis tidak akan sama sekali berkompromi dalam menangani isu itu dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keharmonian negara terpelihara.

Letupan bom Sungai Golok: PGA tingkat rondaan di pangkalan haram, lokasi titik panas - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan telah dikeluarkan kepada setiap operatif PGA untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

Video hina Islam: Suspek dipercayai berada di luar negara - KPN
Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara.

'Apa perkembangan kes Harith, Cecilia Yap? - Akmal Saleh
Muhamad Akmal meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.