Inti pati dan semangat Rukun Negara perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia agar menjadi pengguna media sosial yang lebih bijak dan bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Bercakap semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Fasih Digital' yang disiarkan malam ini, Zahidi optimis jika kesemua prinsip dalam Rukun Negara itu diamalkan, pengguna mampu mengawal diri daripada menyalahgunakan media sosial atau melakukan jenayah siber.
"Rukun Negara kita lengkap menyentuh nilai penting seperti agama (Kepercayaan kepada Tuhan), institusi beraja (Kesetiaan kepada Raja dan Negara), menghormati undang-undang (Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang) serta tingkah laku yang positif (Kesopanan dan Kesusilaan).
"Bila kita hayati Rukun Negara, secara tidak langsung kita dapat mendidik diri seterusnya mengelakkan diri dari melakukan tindakan yang negatif misalnya menyebarkan berita palsu, fitnah, menyentuh isu sensitif, buli siber dan sebagainya," katanya.
Zahidi berkata usaha kerajaan terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta agensinya dalam menjadikan platform siber yang selamat, lebih berkesan dengan kerjasama rakyat.
"Undang-undang dan peraturan sedia ada jelas menunjukkan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati melakukan jenayah siber, malah kementerian dan agensi giat mendidik rakyat dalam pelbagai cara serta inisiatif.
"Namun, lebih penting adalah kawalan kendiri atau 'self-regulatory' pengguna sendiri dalam mengunakan media sosial. Mereka perlu peka, berhati-hati dan rasional dalam tindakan mereka serta gunakan kemudahan ini untuk tujuan positif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 23 2020
ZAHIDI: Bila kita hayati Rukun Negara, secara tidak langsung kita dapat mendidik diri seterusnya mengelakkan diri dari melakukan tindakan yang negatif. - Bernama
Warga emas, tukang urut antara pasangan ditahan dalam operasi JAIM
Keluar berdua untuk sambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api, seterusnya memilih menginap di sebuah hotel kerana 'penat'.
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Larangan menutup wajah di khalayak ramai berkuat kuasa di Switzerland
Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (AS$1,100).
Warga emas jatuh sungai cari durian ditemukan lemas
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi Isnin lepas mangsa telah jatuh daripada perahu dan dihanyutkan arus deras sungai.
Kes wanita disyaki dibunuh di hotel, dua lelaki warga asing ditahan
Suspek direman selama enam hari hingga 6 Januari untuk membantu siasatan.
Bekas Presiden Yoon fail injunksi, gantung waran tangkap
Pasukan pembelaan Presiden Yoon Suk Yeol memfailkan injunksi pada Selasa untuk menggantung pelaksanaan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap presiden yang didakwa atas pengisytiharan undang-undang tentera, menyifatkan waran itu "menyalahi undang-undang," lapor agensi berita Yonhap.
Lebih 140 cubaan PBB ke Utara Gaza disekat oleh Israel
Lebih 140 cubaan pasukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk masuk ke utara Gaza sejak dua bulan lalu dinafikan oleh rejim haram Israel.
Junta Myanmar berjanji anjurkan pilihan raya yang bebas
Pemimpin Junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing menerusi amanat tahun baharu 2025, berjanji untuk menganjurkan pilihan raya yang bebas dan adil bagi negara itu.
Populasi penduduk Myanmar catat penurunan pada 2024
Jumlah populasi di Myanmar mencatatkan sedikit penurunan kepada 51.3 juta orang pada 2024 berbanding bancian terakhir pada 2014 yang merekodkan 51.5 juta orang.
UNGA luluskan perjanjian tangani jenayah siber
Ini merupakan perjanjian keadilan jenayah antarabangsa pertama yang dirundingkan antara negara anggota PBB dalam tempoh lebih 20 tahun.
Polis Thailand banteras 'Shell Company' dikaitkan dengan rangkaian jenayah siber
Pelabur mengupah 14 firma perakaunan untuk mendaftarkan entiti korporat dan membuka akaun bank untuk aktiviti haram.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
Myanmar beri amaran kepada dalang jenayah siber selepas usir lebih 1,000 penipu
Myanmar berjaya mengenal pasti dan mengusir 1,242 warga asing ke negara asal mereka antara 1 Januari 2022 hingga 22 November 2024.
Pengguna media sosial perlu hati-hati, kukuhkan tetapan sekuriti dan privasi - Pakar
Pengguna perlu ambil langkah kawalan seperti menggunakan verifikasi dua langkah, cap jari, pengecaman wajah serta nombor pas pengesahan transaksi (OTP).
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber
Mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.