Hasrat seorang adik ingin membawa kakaknya membeli persiapan untuk bersembahyang sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak kesampaian apabila kakaknya meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.
Tan Hau Sing, yang tiba di rumah kakaknya, Tan Kha Ghoh, 72, di Alor Setar, Kedah, terkejut apabila menemui kakaknya itu tidak bernyawa lagi dan terbaring di atas katil.
“Kakak saya ingin bersembahyang di tokong esok jadi saya merancang untuk membawanya membeli barangan sembahyang hari ini.
“Tetapi beliau tidak membuka pintu setelah diketuk beberapa kali,” beliau memberitahu Astro AWANI hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Astro Awani
Wed Feb 25 2015

Tan Kha Ghoh ditemui tidak bernyawa lagi di atas katil. - Foto Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Dua beradik maut selepas motosikal dihempap pokok
Dua beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka maut setelah motosikal mereka dihempap pokok yang tumbang secara tiba-tiba berdekatan Masjid Gunung Keriang.

Empat ditahan bantu siasatan kes belasah pelajar
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat kes membelasah pelajar Tingkatan Satu sehingga mengalami pendarahan pada usus dan buah pinggang, di sebuah sekolah agama rakyat di Pokok Sena.

Penagih dadah direman bantu siasatan kes bunuh peniaga
Suspek berusia 27 tahun itu direman selama lima hari bermula hari ini hingga 16 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Hasrat adik bawa kakak beli barang sembahyang tidak kesampaian
Tan Kha Ghoh, 72, ditemui tidak bernyawa lagi oleh adiknya Tan Hau Sing, akibat serangan jantung.

Warga Myanmar mati dikelar dalam kilang
Seorang pekerja kilang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dilakukan orang yang dikenali mangsa.