Perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kini berlangsung di beberapa tempat menyebabkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Protes anjuran sekretariat ‘Kita Lawan’ yang terdiri daripada parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan mahasiswa ini adalah sebagai usaha menuntut pembatalan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan serta merta.

Hashtag #BantahGST juga kini mula trending di laman sosial terutamanya di Twitter dan ramai pengamal media sosial mula berkongsi suasana dari tempat himpunan tersebut.















Namun, ada segelintir masyarakat yang berpandangan perkara ini hanya membuang masa dan memilih untuk tidak menyertainya.