Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas.
Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama sepertimana yang telah ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara.
Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali, kerana buah yang telah dipetik di kawasan Pusat Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, di sini didapati mencapai gred premium dan tahap kemanisan sehingga 22 peratus brix.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata tanaman yang telah bermula sejak November 2016 itu diusahakan Jabatan Pertanian Terengganu bagi menyelidik kesesuaian tanah bris (tanah berpasir) di kawasan itu.
"Apabila melihat kejayaan Jabatan Pertanian, saya telah mengarahkan mereka melakukan bancian di beberapa daerah yang mempunyai tanah bris dan akhirnya menemui pokok harumanis yang telah lama di tanam oleh orang kampung.
"Daerah yang telah selesai dibanci ialah di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Di setiap daerah itu kita temui kira-kira 100 pokok harumanis yang telah berusia antara 30 hingga 40 tahun serta berbuah tiga kali setahun," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Dr Azman berkata oleh kerana masyarakat di Terengganu tidak begitu mahir dalam mengesan kualiti buah itu, akhirnya buah itu gugur dan terbiar begitu sahaja, malah ada yang menganggap ia kategori mangga biasa dan mas itam.
Projek permulaan di kawasan Rhu Tapai telah melalui proses penjagaan yang teratur hinggalah mampu mengeluarkan hasil pertama tiga tahun lepas dengan kualiti sepertimana ditanam di kawasan utara tanahair.
Ketika ditanya mengenai sasaran kerajaan negeri, beliau berkata sudah tentunya sehingga buah berkualiti tinggi itu mampu dipasarkan ke luar negara, kerana ia bukan sahaja mempelbagaikan hasil keluaran petani tetapi juga membawa pulangan berlipat ganda.
"Terengganu telah merangka Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019 hingga 2023 dan apa yang berlaku pada ketika ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri.
"Pihak jabatan kini turut bersama-sama dengan pelbagai pihak mengumpul mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman harumanis.
"Pertanian ini adalah satu kerjaya, jadi anak muda Terengganu bolehlah tampil untuk mendapatkan kursus yang dianjurkan.
"Saya tidak mahu ada program bagai 'tangkap muat' tetapi biarlah melalui proses awal hingga akhir dengan pemantauan teratur supaya semua pihak dapat melihat hasilnya," kata beliau.
Menurut Dr Azman, Terengganu mempunyai sekitar 68,000 hektar tanah bris dan masih banyak yang terbiar.
Disebabkan itu pihaknya akan berusaha menjejak mereka yang berminat untuk meneruskan hasrat kerajaan dengan memberi bimbangan serta bantuan dari sudut pasaran.
Sementara itu, pegawai pertanian Nurul Ameera Mohammad yang bertanggungjawap menguruskan tanaman harumanis atau nama saintifiknya 'Mangifera indica Linn' di Rhu Tapai berkata pada peringkat awal, beliau juga bagai tidak percaya bahawa pokok di situ mampu berbuah dan mempunyai keharuman serta rasa terbaik.
"Pada peringkat awal, hanya 30 batang pokok telah ditanam, kini kawasan seluas dua hektar telah ditanam dengan lebih 200 pokok harumanis.
"Berdasarkan rekod tanaman jenis ini, jika dijaga dengan baik ia akan terus mengeluarkan hasil setiap tahun walaupun setelah berusia 20 tahun.
Faktor tanaman ini tentunya memerlukan iklim yang panas namun tinjauaan kami juga mendapati pokok mangga jenis ini tumbuh dengan baik di kawasan berpasir dengan cuaca panas sekitar empat hingga lima bulan.
Tambah Nurul Ameera, mangga harumanis itu amat sesuai ditanam di sekitar Terengganu dengan pengeluaran hasil lebih daripada sekali setahun, malah pihaknya kini giat memberi tunjuk ajar kepada orang kampung supaya menjaga pokok sedia ada agar mencapai kualiti terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 13 2020

Projek permulaan di kawasan Rhu Tapai telah melalui proses penjagaan yang teratur hinggalah mampu mengeluarkan hasil pertama tiga tahun lepas dengan kualiti sepertimana ditanam di kawasan utara tanahair. - BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.

78 kambing seludup dirampas
Dua lelaki yang berusia 30-an ditahan di Kampung Penarik, Setiu kira-kira jam 7.30 malam pada Rabu.

Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan
Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kadar kematian haiwan tersebut dapat dikurangkan.

Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion
Projek Kota Semarak seluas 11 hektar di Jalan Sultan Yahya Petra akan dibangunkan dalam tiga fasa.

Sektor pertanian Terengganu rugi hampir RM50 juta akibat banjir
Sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM48.7 juta akibat banjir besar yang melanda negeri itu pada 18 Dis lepas.

Orang ramai disaran ceburi kaedah pertanian bandar Kebuniti, bantuan disediakan
Langkah itu bukan sekadar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan dari luar malah turut membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.

48 tukun tiruan galak pembiakan ikan
Tahun lalu 48 buah tukun dilabuhkan di seluruh negeri dan kira-kira 24 buah tukun lagi akan ditenggelamkan pada tahun ini.

Banjir: RM1 juta untuk petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar Terengganu
Bantuan itu akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun mereka yang terlibat seawal April ini.

Akuapolitan Kuala Nerus akan diganti dengan projek lain
Meskipun telah dibatalkan, kerajaan negeri akan menggantikannya dengan projek lain demi manfaat penduduk.

Lebih 1,000 hektar tanah milik kerajaan negeri Terengganu diteroka secara haram - Exco
Keadaan itu telah berlarutan sejak 16 tahun lalu, melibatkan beberapa daerah, termasuk Setiu.