"Tiada lain, kecuali mewakafkan dirinya kepada masyarakat bagi menyempurnakan syariat Islam," itulah yang boleh dirumuskan sepanjang 76 tahun kehidupan insan yang bergelar Datuk Haron Din.
Rakan karib Allahyarham Dr Haron, Ustaz Ab Rashid Ahmad berkata, Dr Haron pernah memberitahunya, Allah meminjamkan umur kepadanya untuk beliau menyempurnakan perkara yang masih belum sempurna.
"Beliau telah mewakafkan dirinya untuk masyarakat dan saya masih ingat, ketika beliau balik dari Amerika Syarikat kira-kira dua tahun lalu, dia kata "Allah meminjamkan umur kepada saya untuk saya sempurnakan perkara yang masih belum dapat saya sempurnakan."
"Beliau berusaha meletakkan Darussyifa' sebagai rawatan yang diterima dan diktiraf Kementerian Kesihatan di bawah rawatan tradisional dan komplimentari. Alhamdulillah," katanya kepada media pada Majlis Tahlil Allahyarham Haron Din di Pusat Rawatan Islam Darussyifa' di sini hari ini.
Selain mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan, Dr Haron juga telah menyempurnakan hasratnya untuk menubuhkan Yayasan Darussyifa' Malaysia.
"Beliau juga baru-baru ini telah melancarkan Yayasan Darussyifa' Malaysia. Itu antara tujuan beliau yang telah beliau nyatakan.
"Ternyata bila kita nampak dua perkara ini telah berjaya dan kelihatan seolah-olah telah sampai masa untuk Tuan Guru kemabli ke Rahmatullah," katanya.
Tambah Ab Rashid, selain sibuk menyampaikan dakwah menerusi ceramah, Dr Haron juga sering sibuk membantu masyarakat terutama pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus.
Selain itu, Dr Haron sering mengingatkan kepada pelajar-pelajarnya supaya membina keyakinan diri sebelum mengubati seseorang pesakit.
"Bina keyakinan sebelum anda mencuba untuk berjaya khususnya dalam pengubatan Islam. Janganlah merawat dan kemudian berjaya, baru yakin.
"Jadi kita perlu berusaha dahulu untuk merawat dan bina keyakinan sejak awal lagi dan kejayaan itu akan menambahkan keyakinan dalam usaha merawat pesakit. Itu yang paling saya ingat dan saya tidak akan lupa," katanya.
Jelas Ab Rashid lagi, Dr Haron mahu pelajarnya sentiasa berusaha mencari penyelesaian dalam mengaplikasikan perubatan Islam.
Malah katanya, Dr Haron sering menegaskan kepada semua pelajarnya supaya sentiasa amanah dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab supaya amalan itu diterima Allah SWT.
Ab Rashid merupakan antara sahabat karib Dr Haron di mana mereka bersama-sama menceburi bidang pengubatan Islam pada tahun 1985.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Sep 16 2016
![Haron Din mewakafkan dirinya kepada masyarakat - Ab Rashid Haron Din mewakafkan dirinya kepada masyarakat - Ab Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51474041839_DrHaronDin.jpg)
Haron Din pernah memberitahu Ab Rashid bahawa Allah meminjamkan umur kepadanya untuk beliau menyempurnakan perkara yang masih belum sempurna. - Foto BERNAMA
![Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711350467_TBHUSSEINOMARjp.jpg)
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
![Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274360_ZalihaMustafa.jpg)
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
''Polisi saya untuk warga kulit hitam lebih baik'' - Biden
Joe Biden nafi dakwaan Trump, yang mendakwa kebajikan warga kulit hitam di Amerika Syarikat tidak mendapat perhatian.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
PAC tuntut HRD Corp tarik balik surat LOD kepada akhbar
Mas Ermieyati berkata, jawatankuasa berkenaan mengutuk tindakan HRD Corp dan menganggap ia sebagai percubaan memberi tekanan kepada media untuk tidak menyiarkan laporan PAC berhubung syarikat itu.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
![Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652680820_TBazmin.jpg)
Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.
![Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613365723_TBZahidHamidi.jpg)
Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.
![Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71556684230_Belangsungkawa.jpg)
Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din
Pemergian tokoh agama terkenal Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz hari ini bukan sahaja 'ditangisi' rakan-rakan pendakwah, malah pemimpin negara.
![Baju Allahyarham Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong Baju Allahyarham Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489281868_BajuHarunDin.jpg)
Baju Allahyarham Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong
Sepersalinan baju Melayu berwarna hijau milik bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mencapai harga RM3500 ketika dilelong.
![Ustaz Ishak Din meninggal dunia Ustaz Ishak Din meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479140461_TnGuruIshakDin.jpg)
Ustaz Ishak Din meninggal dunia
Kesihatan arwah yang berusia 78 tahun itu semakin merosot selepas menjalani pembedahan jantung di pusat perubatan itu pada Jumaat lepas.
![Ahmad Yakob tidak berminat jawatan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob tidak berminat jawatan Mursyidul Am PAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436348250_DATUKAHMADYAKOB.jpg)
Ahmad Yakob tidak berminat jawatan Mursyidul Am PAS
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya.
![Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51474377242_JeffOoiChuanAun.jpg)
Jeff Ooi beri keterangan berhubung tweet Haron Din
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang untuk memberi keterangan berhubung tweetnya mengenai Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
![Lelaki direman berkenaan kenyataan Facebook mengenai Haron Din Lelaki direman berkenaan kenyataan Facebook mengenai Haron Din](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474352059_RemanJohor.jpg)
Lelaki direman berkenaan kenyataan Facebook mengenai Haron Din
Lelaki yang juga ahli perniagaan berumur 69 tahun itu didakwa membuat kenyataan berunsur penghinaan di laman sosial Facebook miliknya.
![Jeff Ooi serah diri esok - Peguam Jeff Ooi serah diri esok - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474113374_JeffOoi.jpg)
Jeff Ooi serah diri esok - Peguam
Peguamnya RSN Rayer berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.
![Dua ditahan susulan kenyataan di Facebook berkaitan kematian Haron Din - KPN Khalid Dua ditahan susulan kenyataan di Facebook berkaitan kematian Haron Din - KPN Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461566817_KhalidAbuBakar.jpg)
Dua ditahan susulan kenyataan di Facebook berkaitan kematian Haron Din - KPN Khalid
Pengesahan penangkapan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam posting terbaru di akaun Twitternya pada Isnin.