KUALA LUMPUR: Zoo Negara hari ini menafikan dakwaan bahawa Harimau Malaya di pusat riadah negara itu dalam keadaan yang tidak terurus dan 'menyedihkan'.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, menegaskan haiwan tersebut sedang dalam proses penyembuhan daripada rawatan perubatan.
Kenyataan tersebut menyusul selepas tular di laman sosial mengenai keadaan Zoo Negara yang didakwa tidak terjaga dan kotor, selain gambar seekor Harimau Malaya yang kelihatan 'kurus kering'.
“Berkenaan Harimau Malaya yang didakwa mengalami kekurangan gizi, harap maklum bahawa harimau tersebut sedang pulih dari rawatan perubatan dan diberi peluang untuk berjalan di sekitar kandangnya sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
BACA: Sibuk mengawan sampai tak makan, punca singa Zoo Negara jadi kurus
“Tidak adil bagi netizen untuk menuding jari kepada seekor harimau daripada harimau-harimau yang sihat di Zoo Negara,” demikian menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Rosly berkata Zoo Negara memberi jaminan bahawa pihaknya menyediakan keperluan asas yang terbaik kepada haiwan-haiwan dalam jagaan mereka.
Ia termasuk penyediaan makanan dan rawatan veterinar dengan sedaya upaya Zoo Negara, tambah beliau.
Bagaimanapun, Rosly berkata Zoo Negara mengakui bahawa terdapat banyak kekurangan dan pihaknya cuba mengatasi perkara itu secara berperingkat.
“Keutamaan kami juga adalah menyalurkan kewangan untuk makanan haiwan, penjagaan asas haiwan dan gaji kakitangan,” jelasnya.
Tegas beliau lagi, Zoo Negara membelanjakan kesemuanya sumbangan yang diterima sehingga tiada ruang untuk pembangunan dari segi fasiliti pendidikan, perlindungan serta penyelidikan saintifik.
Selain itu, beliau menambah Zoo Negara memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 pelawat setiap tahun untuk kembali pulih melalui penjualan tiket.
Walau bagaimanapun, Rosly berkata Zoo Negara terus komited meningkatkan dan memelihara kemudahan di lokasi ikonik riadah negara itu sebaik mungkin demi keselesaan para pengunjung.
Terdahulu, perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai keadaan Zoo Negara seperti tidak diselenggara dengan baik termasuk tangki berlumut dan air kotor telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet.
Ia termasuk mempertikaikan sumbangan yang diterima oleh pihak Zoo Negara.
Zoo Negara kembali beroperasi pada 3 Mac lalu selepas ia ditutup hampir tiga bulan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Sejak PKP 1.0 pada Mac tahun lalu, Zoo Negara berdepan krisis kewangan termasuk dilaporkan hanya mampu bertahan sehingga April.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 02 2021
![Harimau tidak terurus, keadaan Zoo Negara 'menyedihkan'? Ini penjelasannya... Harimau tidak terurus, keadaan Zoo Negara 'menyedihkan'? Ini penjelasannya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592131750_zoo.jpg)
Semua sumber kewangan Zoo Negara digunakan untuk tujuan makanan haiwan, penjagaan asas haiwan dan gaji kakitangan, hingga tiada peluang untuk pembangunan fasiliti pendidikan, perlindungan serta penyelidikan saintifik. - Gambar fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.
![Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706342670_AnwarIbrahim.jpg)
Zoo Negara rai pencapaian 60 tahun penubuhan
Zoo Negara menyambut ulang tahun ke-60 dengan sambutan Jubli Intan pada Jumaat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706327746_TBSambutanJubliInt.jpg)
Zoo Negara terima peruntukan RM10 juta - Perdana Menteri
Kelulusan RM5 juta itu juga ditambah dengan dana terkumpul menerusi program CSR oleh syarikat terlibat berjumlah RM5 juta.
![Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653470508_TBZOONEGARA.jpg)
Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.
![NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698143364_TBNikNazmi.jpg)
NRECC akan dapatkan laporan lengkap insiden banjir kilat di Zoo Negara
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian banjir kilat di Zoo Negara pada 18 Okt lepas bagi mengelakkan insiden berulang.
![Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693390019_yiyishengyi.jpg)
Selamat jalan panda Yi Yi dan Sheng Yi
Dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di negara ini iaitu Yi Yi dan Sheng Yi dihantar pulang ke China, semalam.
![Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693351934_TBPanda.jpg)
Kepulangan Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangisi penjaganya
Azrennizam memanggil nama kedua-duanya sambil menepuk sangkar haiwan itu bagi memastikan ia tenang semasa proses pemunggahan.
![Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17 Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692790498_panda.jpg)
Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.
![UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689092524_TBUEMEdgenta.jpg)
UEM Edgenta taja Do dan Re, kura-kura gergasi di Zoo Negara
Usaha bersama Zoo Negara itu adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memelihara kesejahteraan haiwan.
![Jadi tarikan baharu, kucing oyen kini penduduk tetap Zoo Negara Jadi tarikan baharu, kucing oyen kini penduduk tetap Zoo Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687869369_kucing.jpg)
Jadi tarikan baharu, kucing oyen kini "penduduk tetap" Zoo Negara
Inisiatif Zoo Negara meletakkan papan tanda "Oyen" di hadapan kepungan tikus gergasi capybara bermula semalam diharap memudahkan pengunjung menemui kucing tular yang kini menjadi antara "bintang" utam