Hari Wilayah tidak boleh hanya dilihat sebagai cuti umum, sebaliknya hari bersejarah itu perlu difahami masyarakat terutama generasi muda.
Dengan tema 'Wilayah Persekutuan Ceria', ia diharap mewujudkan kesedaran warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam memastikan keharmonian masyarakat dan kebersihan alam sekitar.
Hari Wilayah disambut sempena peristiwa pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974.
Menyentuh mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Bandarnya, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, yakin tahap kebersihan di jalan-jalan utama di di ibu negara semakin meningkat.
Namun, kebersihan pinggir Kuala Lumpur terutama kawasan perumahan perlu dititikberatkan .
“Kita perlu menimbulkan kesedaran secara berterusan . Kami bersama kementerian akan meneruskan program KPI kebersihan kawasan kediaman ini,yang tahun sebelum nya kita unttk kawasan kediaman awam tapi selepas tu masuk kediaman swasta tahun ini KPI bersih dan ceria mereka akan diberi imbuhan kalau memenuhi KP Idalam usaha memastikan kebersihan kawasan kediaman,” katanya kepada pemberita
DBKL juga sudah mengarahkan pihak berkaitan bagi memantau aktiviti pengemis jalanan warga asing yang sedikit sebanyak mencemarkan imej Kuala Lumpur.
Pada masa sama, budaya vandalisme yang merugikan negara akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.
Justeru, penubuhan program 'sahabat taman' yang digerakkan diharap mampu menangani masalah vandalisme berkenaan.
Pada masa sama, kesedaran kepada mewujudkan taman poket terutama di premis -premis bangunan di Kuala Lumpur mampu merealisasikan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau.
Rahimah Abdullah
Sat Feb 01 2014


Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Menara hijau di Paris menjelang 2050?
Paris menyasarkan untuk mengurangkan 75% pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050 dengan projek "2050 Paris Smart City".

Hari Wilayah wujudkan kesedaran masyarakat
Hari Wilayah tidak boleh hanya dilihat sebagai cuti umum, sebaliknya hari bersejarah itu perlu difahami masyarakat terutama generasi muda.

Mengubah imej KL menjadi bandar hijau
Pelbagai usaha sudah dan sedang dijalankan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar hijau melalui konsep 'bandar dalam taman'.