KUALA LUMPUR : Lebih 40 peratus peserta wanita yang menyertai Lean In Career Programme (LICP) 6.0 kini sudah kembali ke pasaran kerja.
Ketua LICP, Alia Ainuddin berkata, sokongan dan panduan yang diberikan melalui program berkenaan berjaya membina keyakinan diri peserta untuk memulakan semula karier dalam bidang masing-masing.
Program mentorship yang disediakan melalui LICP bukan sahaja menyediakan kemahiran amali (hard skill), tetapi juga kemahiran insaniah (soft skill) kepada peserta terutama persediaan untuk memasuki semula sektor pekerjaan.
"Saya rasa melaksanakan program seperti program kembali berkerjaya ini sesuai untuk mana-mana organisasi dan juga syarikat itu sendiri. Saya rasa apa yang paling penting ialah mentor dalam program itu.
"Jadi apa yang selalu kami sediakan sebagai sebahagian daripada program, kami benar-benar memperkenalkan wanita dengan menggandingkan mereka kepada pengajar yang sesuai untuk membantu mereka dalam amalan seperti membuat CV, menghubungkan mereka dengan orang ramai dan industri yang mungkin mereka berminat untuk masuk.
"Dalam hal ini, adalah sangat penting untuk menangani dan membangkitkan keyakinanan," katanya kepada Astro AWANI.
Sepanjang pemerhatian dilakukan melalui program berkenaan, Alia berkata, sebab peribadi seperti memilih untuk menjaga ahli keluarga menjadi antara punca wanita memilih untuk meninggalkan kerjaya mereka.
Selain itu, penyediaan taska dan pusat asuhan juga diambil kira seorang wanita sebelum mengambil keputusan untuk kembali semula bekerja.
Malah, kaum wanita juga memerlukan masa yang fleksibel dalam membahagikan peranan mereka sebagai ibu dan pada masa sama sebagai seorang pekerja.
Sementara itu, ahli jawatankuasa LICP, Izana Wan Ahmad mengakui kekangan penjagaan anak-anak menyebabkan dia meninggalkan kerjaya profesionalnya sebelum ini.
Izana berkata, sistem sokongan sangat diperlukan ibu-ibu berkerjaya dalam memastikan mereka dapat mengimbangi antara keluarga dan dalam masa sama bekerja untuk menampung kehidupan.
"Itulah sebab kenapa saya katakan sistem sokongan itu sangat penting, dan bukan sahaja untuk (menjaga) keluarga, nenek, datuk tetapi juga mendapatkan akses kepada pekerja domestik dalam tempoh berkenaan.
"Jadi, sekarang, mungkin adalah mustahil untuk mendapatkan pembantu memasuki (negara) dan saya rasa ia memang memakan proses yang lama.
"Seperti saya yang ada anak baru lahir, jadi kami wanita memerlukan pembantu apabila kembali bekerja," ujarnya.
Izana yang baru sahaja memasuki semula pasaran kerja juga mengakui berdepan cabaran besar untuk kembali bekerja terutama dari segi persediaan mental, dan fizikal setelah sekian lama meninggalkan alam pekerjaan.
"Memang agak sukar apabila kita wanita dan juga seorang ibu memerlukan masa fleksibel terutama apabila anak mula memasuki persekolahan, dan kita juga perlu memberi tumpuan kepada mereka apabila tamat sesi persekolahan.
"Saya juga mempunyai anak kecil yang perlu dijaga dan bagi saya, peluang diberikan majikan seperti membenarkan bekerja mengikut masa yang fleksibel serta bekerja dari rumah tidak akan disia-siakan,"ujarnya.
Untuk rekod, Program LICP telah memasuki tahun ketujuh tahun ini dengan tempoh pelaksanaan program mengambil masa antara 8 hingga 12 minggu.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 08 2022
Program mentorship yang disediakan melalui LICP bukan sahaja menyediakan kemahiran amali (hard skill), tetapi juga kemahiran insaniah (soft skill) kepada peserta terutama persediaan untuk memasuki semula sektor pekerjaan.
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Hari Wanita Sedunia: Lebih 40 peratus wanita dalam LICP kembali ke pasaran kerja
Sokongan dan panduan yang diberikan melalui program berkenaan berjaya membina keyakinan diri peserta untuk memulakan semula karier.