KUALA LUMPUR: Sukan bukan sekadar pentas kompetitif untuk beradu kehebatan, malah sebagai perantara untuk menghubung dan mengeratkan hubungan sesama manusia.
Kata Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof, aktiviti sukan dan rekreasi harus terus dipergiat sekali gus dapat memperkukuh semangat perpaduan dan integrasi nasional.
Jelas beliau, manfaat bersukan dan beriadah tidak hanya dapat dinikmati dalam bentuk kesihatan jasmani dan rohani secara individu, malah menyumbang kepada kesejahteraan silaturahim sesebuah masyarakat.
“Kita di Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Melihat falsafah aktiviti sukan itu dianjurkan iaitu menyatupadukan rakyat dan merapatkan hubungan seluruh komuniti.
“Kehadiran ramai pada hari ini memperlihatkan bahawa rakyat kita punyai semangat untuk bersama dan melihat kepada perkara-perkara positif di negara ini,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat KPN di Perkarangan B Stadium Bukit Jalil hari ini.
Pelbagai program diatur bagi memeriahkan sambutan seperti sesi senamrobik, larian UNITI Fun Run, sesi ‘Kick-off’ Street Soccer, ‘Penalty Challenge’ serta Karnival UNITI@Pesta Bola Merdeka.
Dengan mengetengahkan tema #FitMalaysia dan #HSN2023, Hari Sukan Negara disambut pada minggu kedua, bulan Oktober dengan pelbagai pengisian dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Sementara itu, beliau turut menyambut baik peruntukan yang diterima kementeriannya melalui Belanjawan 2024 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, menyatakan pihaknya akan memberi penekanan terhadap usaha pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
“Kita dapati ada kenaikan peruntukan yang diberi untuk pelaksanaan aktiviti tahun depan, juga amat gembira ada perenggan (dalam Belanjawan 2024) yang menyentuh tentang KRT.
“Kita akan memperkasakan KRT melalui model baharu, KRT Penggerak Masyarakat Progresif namanya, yang akan menekankan pelbagai aspek lain di samping keselamatan, kesejahteraan komuniti, ekonomi dan sebagainya.”
Kementerian Perpaduan Negara menerima peruntukan keseluruhan lebih RM635.82 juta termasuk RM20 juta untuk memperkasa peranan KRT sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan rakyat dan penyebaran maklumat.
Israr Khalid
Sat Oct 14 2023

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof (paling kanan) ketika 'flag-off' melepaskan peserta larian UNITI Fun Run sempena Hari Sukan Negara 2023 peringkat Kementerian Perpaduan Negara.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Hari Sukan Negara 2023: Perkasa kegiatan sukan sebagai ejen perpaduan
Sukan bukan sahaja menyihatkan jasmani dan rohani individu, tetapi mensejahterakan hubungan masyarakat.