KUALA LUMPUR:Sebanyak 317 kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) iaitu gejala akut menyerupai virus polio, dilaporkan di seluruh negara dari 1 Jan 2019 hingga 16 Okt ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah hasil pemerhatian Kementerian Kesihatan, dalam memantau AFP bagi mengesan kes polio dalam kalangan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun, melalui pengambilan sampel najis.
"Daripada jumlah tersebut empat kes telah disahkan polio, kesemuanya dilaporkan di negeri Sabah, masing-masing berumur tiga bulan, tiga tahun, lapan tahun dan 11 tahun ketika mereka disahkan dijangkiti polio. Kes yang terakhir mula mengalami gejala kelumpuhan pada 18 Jan.
"Daripada empat kes tersebut, satu kes masih dirawat di hospital kerana memerlukan bantuan pernafasan, manakala tiga kes lagi berjalan dengan sokongan kerana masih mengalami lemah anggota kaki," katanya dalam kenyataan hari ini sempena Sambutan Hari Polio Sedunia yang disambut pada 24 Okt.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan susulan peningkatan kes COVID-19 di Sabah, aktiviti kempen secara aktif bagi Kempen Imunisasi Polio di Sabah (KIPS), sekali lagi ditangguhkan di kawasan-kawasan yang merekodkan peningkatan kes wabak itu.
Katanya, kempen itu dijalankan secara berperingkat sejak 27 Dis tahun lalu, melibatkan pemberian vaksin oral polio (OPV) kepada semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh Sabah.
"PKP yang dimulakan semenjak 18 Mac memperlahankan aktiviti kempen, namun ia dipergiatkan semula semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, dengan mengambil kira amalan berdasarkan norma baru dan prosedur operasi standard yang ditetapkan, bagi mencegah jangkitan COVID-19.
"Dalam usaha untuk memastikan wabak polio dapat dihentikan, risiko penularan jangkitan COVID-19 harus diberi perhatian. Walaupun terdapat banyak kekangan, liputan kempen adalah baik," katanya yang berkongsi maklumat itu sempena sambutan Hari Polio Sedunia hari ini, dengan tema antarabangsa tahun 2020, 'Kisah Kemajuan: Dulu dan Kini'.
Sehingga 19 Okt, Dr Noor Hisham berkata di Sabah, seramai 815,790 (95.6 peratus) kanak-kanak menerima dua dos vaksin bivalent oral polio jenis 1 dan 3 (bOPV), manakala 687,500 (80.6 peratus) kanak-kanak menerima dua dos vaksin monovalent oral polio jenis 2 (mOPV2).
Sementara itu,di Labuan pula, seramai 24,248 orang kanak-kanak menerima dua dos vaksin bOPV bagi Kempen Imunisasi Polio Labuan (KIPL), yang dijalankan sejak 11 Jun lalu.
Kata Dr Noor Hisham, pemberian vaksin lima serangkai (DTaP-IPV/Hib) yang mengandungi komponen antigen polio kepada kanak-kanak pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan, di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan dipertingkatkan di Sabah dan Labuan.
"Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat dilindungi dari jangkitan polio secara optimum. Vaksin oral polio yang diberikan melalui Kempen Imunisasi Polio merupakan pemberian vaksin polio tambahan, bagi memastikan penularan virus polio dapat dihentikan.
"Bagi kanak-kanak di negeri lain pula, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat vaksin lima serangkai tersebut, mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.
Selain itu, sebanyak 558 sampel air kumbahan diambil di seluruh negara dari 1 Jan 2019 hingga 30 Sept, bagi menjalankan persampelan air kumbahan dan mengesan kehadiran virus polio dalam persekitaran.
Menurut Dr Noor Hisham daripada jumlah tersebut, virus polio dikesan dalam 24 sampel air kumbahan yang diambil di Sabah, serta satu sampel air kumbahan di Labuan, dengan sampel persekitaran positif yang terakhir dikesan virus polio adalah pada 13 Mac lalu.
Penyakit polio merupakan penyakit berjangkit disebabkan virus polio, yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal, selain menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat vaksin lima serangkai tersebut, mengikut jadual yang ditetapkan. - Gambar hiasan
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar atlet masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Ruang tambahan latihan bahasa Cina dan Tamil
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada bahasa kebangsaan.
AWANI Borneo [06/10/2024] – Pan Borneo Sabah | Pelan mitigasi | Peka B40
Tumpuan Awani Borneo 6 Okt 2024 bersama Assim Hassan
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
Merokok di premis: Tegur dengan tegas, elakkan bergaduh - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhan.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Usaha pembangunan Sabah yang dilaksanakan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan menjadi kayu pengukur penting untuk dinilai pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 dalam usaha untuk membasmi jurang kemiskinan.
Tingkatkan kesedaran kesihatan buat golong kurang berkemampuan
Penduduk Sandakan khususnya di kawasan Elopura menyifatkan program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) sebagai satu usaha yang perlu diteruskan.
Kerajaan MADANI komited perkasa industri sawit negara - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan.
Kelewatan projek, disebabkan masalah pengambilan tanah
Kelewatan pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A Sabah disebabkan masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti di jajaran projek itu yang memakan masa yang sangat lama, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Hari Polio Sedunia: Daripada 317 kes AFP, empat disahkan polio - KP Kesihatan
Di Labuan, seramai 24,248 orang kanak-kanak menerima dua dos vaksin bOPV bagi Kempen Imunisasi Polio Labuan (KIPL), yang dijalankan sejak 11 Jun lalu.