Pasar belian terus hasil pertanian, MyFarm Outlet, yang pertama kali dibuka di negara ini, di Presint 7 di sini, mendapat sambutan baik daripada pengunjung.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang melawat pasar berkenaan berkata sehingga 4 petang, pasar itu mencatatkan jualan keseluruhan kira-kira RM100,000 membabitkan 29 usahawan.
"Ini sangat bagus dan jualan ini ada kaitan dengan harga dan jenis barangan yang dijual. Diharapkan ia akan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk Putrajaya dan sekitar," katanya kepada pemberita sempena lawatan itu.
Ahmad Shabery berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membuat pemantauan di MyFarm Outlet bagi memastikan peniaga terus menawarkan harga barangan lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
"Misalnya ayam dijual RM5.49 sekilogram, ikan kembung selalunya RM15 ke RM16 sekilogram tetapi pada hari ini RM12. Bagaimanapun, bagi barangan kawalan seperti gula dan sebagainya dijual mengikut harga ditetapkan," katanya.
Luaskan pembukaan
Ahmad Shabery berkata kementerian juga bersedia untuk memperluaskan pembukaan MyFarm Outlet berbanding 11 lokasi yang dirancang di seluruh negara, bagi mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan peniaga sekali gus memberi lebih pilihan kepada orang ramai.
"Fama boleh bekerjasama dengan pengusaha swasta jika mereka dapat memastikan harga jualan sama seperti yang ditetapkan dan kualiti barangan yang segar.
"11 (MyFarm Outlet) yang akan kita buka nanti boleh menjadi model yang boleh diikuti oleh pihak lain. Saya difahamkan ramai yang berebut untuk berniaga di sini," katanya.
Pembukaan MyFarm Outlet di seluruh negara diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari lepas bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barang keperluan harian pada harga lebih rendah.
Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, MyFarm Outlet memasarkan tujuh kumpulan barangan keperluan utama iaitu ayam, ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan hasil industri asas tani dan barangan sejuk beku.
Puas hati
Sementara itu, tinjauan mendapati rata-rata pengguna berpuas hati dengan kualiti dan harga barangan yang ditawarkan di pasar berkenaan dengan peniaga turut memaparkan perbezaan harga barangan berbanding harga pasaran.
Pesara, Abdul Malik Hamid, 57, berkata harga yang ditawarkan di pasar itu lebih rendah berbanding harga barangan yang dijual di pasar malam dan pasar raya besar.
"Banyak untung beli barang di sini, tempat letak kereta pun percuma. Memang saya sangat berpuas hati," katanya kepada Bernama.
Bagi Loh Chieu Imm, 50, pula pasar itu pasti akan mendapat sambutan daripada orang ramai jika dapat mengekalkan harga barangan seperti yang ditawarkan pada hari ini.
"Saya baru beli telur sesarang dua hari lepas di pasar borong pada harga RM9.90, tetapi di sini RM8 sahaja, jadi saya jimat RM1.90," katanya.
Wan Hamidah Wan Mohd, 43, pula berkata beliau tidak perlu lagi pergi ke pasar borong pada awal pagi memandangkan harga barangan keperluan yang ditawarkan di MyFarm Outlet jauh lebih murah.
"Memang sangat berbeza dari segi harga, cuma hanya ada sesetengah barangan seperti daging yang harga sama seperti di pasar borong. Saya tinggal berdekatan jadi saya akan terus membeli barangan di sini sahaja," katanya.
Bernama
Wed Mar 02 2016
Shabery (kanan) meninjau jualan di MyFarm Outlet di Presint 7, Putrajaya. - Foto Twitter @Shaberyc
PayNet and AWS shape future-ready talents in financial services
Payments Network Malaysia (PayNet), in partnership with Amazon Web Services (AWS), celebrated the inaugural cohort of Program Akar powered by AWS re/Start, an industry-first initiative designed to equip future leaders with globally recognised cloud skills for Malaysia’s Financial Services Industry (FSI), starting the programme with 100 students in 2024. The pilot programme successfully trained its first 50 students in July with industry-recognised AWS Cloud Practitioner Certifications, training in Digital Payments and focused pathways and mentorships to gain future permanent roles at their target companies. Upon graduation, the programme will commence the next cohort in Q1 of 2025.
PILKADA 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Ramalan 2025: Kesediaan AI dan Kebangkitan Ejen AI
David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi APJ di Boomi, membincangkan ramalan 2025 mengenai kesediaan AI dan kebangkitan ejen AI. Beliau juga mengupas kepentingan pengurusan ejen AI oleh kerajaan dan perniagaan, cabaran yang bakal dihadapi, serta amalan AI yang bertanggungjawab dan beretika.
AWANI Pagi: PILKADA 2024: Dinamika politik menuju Indonesia Emas 2045
Fokus AWANI Pagi 27 November 2024 8.30 pagi bersama Farhan Hakimi mengupas berkenaan PILKADA 2024 melihat kepada kawasan panas, pertembungan ideologi termasuk hala tuju ekonomi di bawah konsep Indonesia Emas 2045.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan pada 4.4550/4650 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada paras 4.4560/4600 di akhir urus niaga semalam.
JPS keluarkan amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas
Antara kampung yang akan terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa dan Kampung Jelor.
Pertahankan legasi, cabaran besar PDIP dan Megawati
Pilkada Jakarta 2024 bagi parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) adalah lebih daripada sekadar pilihan raya kali ini.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Ketua Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI), Mochammad Afifuddin memaklumkan akan memastikan semua daerah di Indonesia bersiap sedia melaksanakan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 secara serentak yang berlangsung hari ini.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
"Saya rasa tidak berdaya"
"Saya rasa tidak berdaya" itu luah rakyat Palestin yang berjuang untuk hidup berikutan kebuluran selain cuaca yang sangat sejuk di tengah-tengah serangan berterusan Israel.
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
MyGroser rancang raih RM30 juta untuk kembangkan perniagaan
MyGroser mengawal sendiri rantaian bekalan, memastikan pelanggan mendapat nilai dan kualiti barangan maksimum dari setiap pembelian
Hari pertama pembukaan MyFarm Outlet dapat sambutan
Pasar belian terus hasil pertanian, MyFarm Outlet, yang pertama kali dibuka di negara ini, di Presint 7, mendapat sambutan baik daripada pengunjung.