Bukan itu sahaja, fokus utama jelajah itu selepas ini adalah untuk memperkasa usahawan PMKS, membawa mereka ke peringkat antarabangsa pada tahun hadapan.
Usahawan ditemui juga memuji inisiatif tersebut, menyifatkan jelajah yang berlangsung di pusat beli belah Toppen, Tebrau itu menjadi platform untuk mereka mengembangkan perniagaan di Johor.
Siri jelajah hingga Ahad itu menampilkan perkongsian daripada pakar industri dan usahawan PMKS malah turut menyediakan bengkel ilmu, bukan sahaja kepada usahawan tetapi juga kepada pengunjung.
Siri Jelajah Jiwa SME oleh Astro AWANI ini mendapat kerjasama antaranya Unifi Business selaku penaja utama dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai rakan strategik.
Astro Radio pula adalah rakan penyiar, manakala Toppen Shopping Centre pula adalah rakan penyedia lokasi.