Lebih 3,500 rakyat Malaysia di 87 buah bandar utama dunia telah menyertai program Solidariti WeMalaysia 2017 sempena sambutan Hari Malaysia 2017 yang diraikan hari ini, 16 September.
Pengerusi International WeMalaysia Movement (WeMalaysia) Mohd Ali Halim Sirat berkata, pencapaian tahun ini amat membanggakan berbanding program pada 2016 dengan penyertaan dari 63 buah bandar sahaja.
"WeMalaysia telah melancarkan program Solidariti WeMalaysia 2017 di mana ribuan rakyat berbilang kaum telah berkongsi gambar-gambar mereka di laman media sosial bagi menunjukkan semangat patriotisme dan rasa cinta mereka kepada negara tercinta.
"Program yang dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 ini telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan sejak mula diumumkan.
"WeMalaysia juga telah menyokong beberapa program berskala besar yang telah memberikan manfaat kepada pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara dalam usaha mereka menghayati erti sebenar kemerdekaan dan patriotisme," katanya kepada Astro AWANI.
Jelasnya, program-program tersebut dianjurkan bersama-sama badan-badan gabungan persatuan pelajar Malaysia utama di Australia, UK, AS dan Indonesia.
"Dari Belfast, Ireland sehinggalah ke Melbourne, Australia dan dari Puncak Sejati Mt Raung di Indonesia sehingga ke Tsaritsyno Park di Moscow, rakyat Malaysia berbilang kaum menunjukkan bahawa biar jauh di perantauan, semangat cintakan Malaysia tetap tersemat kukuh di jiwa dan amat menebal sekali.
"Penyertaan yang amat menggalakkan daripada peserta menunjukkan pelajar dan diaspora Malaysia di luar negara kekal bersolidariti demi Malaysia yang aman dan makmur.
Katanya lagi, himpunan gambar-gambar tersebut boleh didapati di laman Facebook https://www.facebook.com/WeMalaysiaOrg/
Video khas yang menghimpunkan kesemua gambar-gambar Solidariti WeMalaysia 2017 - Sumber YouTube WeMalaysia
Ujarnya, WeMalaysia juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Solidariti WeMalaysia 2017 pada tahun ini.
Sementara itu, Konsul Pendidikan, Education Malaysia Australia (Perth), En. Hadi Mustaffa berkata, Program Western Australia Merdeka Month 2017 (#WAMM2017) diadakan untuk menyatukan rakyat dan pelajar Malaysia di sana.
"Malaysian Student’s Council of Australia (MASCA) Western Australia, dengan kerjasama semua Persatuan Pelajar Malaysia di Australia Barat dan sokongan padu Education Malaysia Australia (Perth) dan WeMalaysia telah berjaya menyatukan rakyat dan pelajar Malaysia di Australia Barat dalam Program Western Australia Merdeka Month 2017 (#WAMM2017).
"Program WAMM 2017 adalah merupakan program kemerdekaan terbesar yang julung kali dianjurkan di kalangan pelajar Malaysia di Australia Barat . Ia bermula pada 1 sehingga 17 September 2017 yang melibatkan beberapa pengisian utama yang diatur bagi tujuan menaikkan semangat patriotisme dan melahirkan rasa sayang dan cintakan Negara.
"WAMM 2017 ini menjadi wadah untuk menghimpunkan pelajar Malaysia di Australia Barat untuk mengambil bahagian dalam semua pengisian yang diatur. Selain itu, program ini secara tidak langsung telah dapat mengembangkan keupayaan intelek dan potensi pelajar Malaysia di luar negara," katanya.
Majlis Perasmian WAMM 2017 disempurnakan Konsul-Jeneral Malaysia, Nazarudin Jaafar.
Dalam ucapan perasmian, Nazarudin menekankan peranan rakyat Malaysia dan pelajar Malaysia agar terus menaikkan nama dan imej Malaysia melalui aktiviti yang bersesuaian ke arah pemupukan semangat perpaduan dan kekitaan yang menjadi tunjang kekuatan negara.
BACA: Perpaduan kaum di Malaysia jadi aspirasi masyarakat luar negara - WeMalaysia Australia
BACA: Pelajar ejen promosi budaya Malaysia di luar negara - Fiona Kee
Dalam pada itu kata Hadi, pelajar Malaysia yang menuntut di Australia Barat perlu terus mengamalkan sikap saling bantu membantu dan bekerjasama tidak mengira bangsa dan agama dalam menjayakan setiap program yang bakal dilaksanakan.
"Perkara ini jelas dapat dilihat dengan keberhasilan Program WAMM 2017 yang mendapat kerjasama semua pelajar dan ia secara tidak langsung melatih para pelajar menjadi modal insan yang cemerlang.
"Perkara ini sangat bertepatan dengan hasrat TN50 yang memberi penekanan kepada belia sebagai peneraju negara pada masa hadapan," ujarnya.
Sementara itu, Kordinator WeMalaysia di Australia Barat Amirul Edmett turut berkongsi kegembiraan berpeluang menjayakan WAMM 2017 dan memaklumkan WeMalaysia akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada semua program yang boleh memberi manfaat terutama kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Australia Barat.
Sementara Pengarah Projek WAMM 2017, Razmel Razali menjelaskan, salah satu objektif program pada tahun ini adalah untuk menggalakkan kesepaduan terutama di kalangan para pelajar Malaysia tanpa mengira bangsa.
Antara pegisian WAMM 2017 adalah Jom Lepak iaitu tayangan filem Pendekar Bujang Lapok, Karnival Sukan yang dikenali sebagai WAlympic yang mempertaruhkan sukan badminton, bola keranjang, bola jaring dan futsal.
Selain itu, Kampung Fest yang menampilkan sukan-sukan tradisional akan diadakan pada 16 September 2017 bersempena Hari Malaysia dan pengisian yang terakhir adalah ASEAN SEAmposium 2017 yang bakal membicangkan topik Komuniti ASEAN dengan barisan panelis dari kalangan pelajar-pelajar ASEAN.
Bagi program WALympic dan ASEAN SEAmposium, penyertaan juga terbuka kepada para pelajar dari negara ASEAN.
Ini adalah merupakan sebahagian usaha mereka bagi pemupukan komuniti ASEAN di Australia Barat.
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara.
Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Sat Sep 16 2017
Program Solidariti WeMalaysia 2017 yang dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 ini telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan sejak mula diumumkan. - Foto WeMalaysia
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Hari Malaysia: Lebih 3,500 rakyat sertai Solidariti WeMalaysia 2017
Lebih 3,500 rakyat Malaysia di 87 buah bandar utama dunia telah menyertai program Solidariti WeMalaysia 2017 sempena sambutan Hari Malaysia 2017.