KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia diajak bersama-sama memperkukuhkan ikatan persaudaraan serta keakraban kaum yang pelbagai di negara ini sebagai usaha menghayati dan meraikan penubuhan Malaysia dengan penuh rasa bangga dan berjiwa bangsa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semangat persaudaraan yang kukuh mampu memperkuatkan lagi integrasi nasional dengan erti merdeka yang sebenar antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Fadillah turut mengajak rakyat mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan tokoh-tokoh Sabah dan Sarawak yang telah menjayakan pembentukan Malaysia.
"Tautkan kembali ikatan persaudaraan dan keakraban kaum yang pelbagai di Malaysia. Hentikan sentimen 3R (raja, agama, dan kaum) yang hanya menjadi ancaman kepada perpaduan negara.
"Kerjasama dan perpaduan perlu dibina bersama oleh semua kaum tanpa rasa curiga dan iri hati kerana perjalanan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran tidak boleh dilakukan secara bersendirian," katanya menerusi perutusan Hari Malaysia di Facebooknya hari ini.
Beliau berkata seluruh rakyat Malaysia harus menghargai setiap perkara yang negara miliki melalui semangat kebersamaan kerana kekukuhan dan kemajuan dikecapi negara adalah hasil perjuangan bersama.
Katanya, Hari Malaysia harus menjadi medan untuk mengintegrasikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung ke arah agenda pembangunan yang lebih berdaya maju, demi kelangsungan negara bangsa Malaysia yang tercinta.
"Marilah kita semua menghayati makna Hari Malaysia supaya generasi akan datang dapat memiliki Malaysia yang lebih baik," katanya.
Hari ini, seluruh rakyat negara ini meraikan Hari Malaysia dengan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching malam ini.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengajak rakyat menghayati erti sambutan Hari Malaysia yang bersejarah.
"Walaupun kita lahir pelbagai dan berbeza (latar belakang) bukan bermakna ia menjadi kekangan untuk kita mengekalkan keharmonian yang utuh terjalin dalam kalangan keluarga besar kita.
"Semarakkan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini sebagai bukti kecintaan kita pada negara seiring dengan tema sambutan #MalaysiaMADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Fadillah berkata seluruh rakyat Malaysia harus menghargai setiap perkara yang negara miliki melalui semangat kebersamaan kerana kekukuhan dan kemajuan dikecapi negara adalah hasil perjuangan bersama. - Facebook Fadillah Yusof
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Kerajaan MADANI komited tambah baik perkhidmatan demi masa depan rakyat - Fadillah
Kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan memastikan kepentingan setiap kumpulan komuniti terjaga.
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
Polis siasat surat palsu guna nama TPM
Kes disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengikut Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan.
Pembinaan tujuh RTB di Melaka babit peruntukan RM1.006 bilion - TPM Fadillah
Fadillah berkata antaranya membabitkan RTB Alor Gajah Fasa 1 di Kampung Tebat di sini, melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Institusi TVET perlu kerjasama industri untuk tawar program berkualiti, relevan - Fadillah
Fadillah berkata kerajaan sedar penawaran aliran TVET di Malaysia perlu ditambah baik agar lebih tersusun dan berkesan.
Malaysia akan lancar bidaan TBB rentas sempadan bagi Singapura pada akhir tahun - Fadillah
Bidaan tenaga boleh baharu (TBB) rentas sempadan Malaysia bagi pengimport tenaga Singapura, di bawah Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) akan bermula menjelang akhir tahun ini.