KUALA TERENGGANU: Tindakan secara kolektif oleh semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk menyelamatkan lautan yang semakin terancam ketika ini.
Ketua Pusat Tadbir Urus Lautan Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu Prof Dr Wan Izatul Asma Wan Talaat berkata, data saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terbaharu menunjukkan populasi ikan bersaiz besar telah berkurangan sebanyak 90 peratus.
"Selain itu, data tersebut juga menunjukkan kemusnahan terumbu karang terus meningkat sebanyak 50 peratus. Kita telah mengeksploitasi lautan lebih daripada yang boleh diisi semula manakala kepesatan pembangunan fizikal di muka bumi telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada lautan.
"Pemanasan global juga telah mengakibatkan perubahan iklim melampau yang mendadak. Apabila lautan menjadi panas, lebih banyak air meruap ke atas menjadi kelompok awan yang akhirnya membentuk taufan besar dan ribut kuat yang melanda pantai serta memusnahkan penempatan dan infrastuktur," katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Laut Sedunia 2022 hari ini.
Wan Izatul Asma berkata, atmosfera panas juga mengakibatkan glasier dan pek salji di pergunungan serta perisai ais di Antartika menjadi cair seterusnya menyebabkan peningkatan paras air laut yang mengancam kawasan pesisiran pantai Malaysia.
Beliau berkata situasi itu sangat membimbangkan kerana peranan lautan kepada bumi sangat besar iaitu menghasilkan sekurang-kurangnya 50 peratus oksigen, menjadi habitat semula jadi kebanyakan sumber biodiversiti bumi dan merupakan sumber protein utama kepada penduduk dunia.
"Pendek kata, lautan adalah kunci kepada kehidupan dan sumber ekonomi dunia dengan anggaran 40 juta individu bergantung hidup di dalam industri berasaskan lautan menjelang 2030," katanya.
Oleh itu, beliau berkata penglibatan komuniti tempatan juga sangat penting dalam memastikan usaha menyelamatkan lautan dapat dilaksanakan secara berkesan.
"Contohnya, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat telah menyarankan 10 langkah bagi masyarakat untuk menyelamatkan lautan seperti menjimatkan penggunaan air, mengurangkan bahan pencemar dan melaksanakan sistem penangkapan ikan secara bertanggungjawab.
"Selain itu, masyarakat digalakkan menjadi sukarelawan untuk pembersihan pantai serta kawasan tadahan hujan dan memastikan bot berlabuh di kawasan berpasir jauh dari karang dan rumput laut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
![Hari Laut Sedunia: Tindakan kolektif semua pihak perlu untuk selamatkan lautan Hari Laut Sedunia: Tindakan kolektif semua pihak perlu untuk selamatkan lautan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654670397_TBSAMPAH.jpg)
Penglibatan komuniti tempatan juga sangat penting dalam memastikan usaha menyelamatkan lautan dapat dilaksanakan secara berkesan. - Unsplash
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615652836_950x600.jpg)
MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin
Sasaran itu selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.
![Inovasi untuk kelestarian laut Inovasi untuk kelestarian laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591499923_SempadanASEANCOVID.jpg)
Inovasi untuk kelestarian laut
Kebergantungan Malaysia terhadap lautan tidak dapat disangkal lagi, di mana lautan merupakan sumber alam yang penting kepada ekonomi Malaysia.
![Penyu menangis siapa yang tahu Penyu menangis siapa yang tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/81369314189_295x200.jpg)
Penyu menangis siapa yang tahu
Wartawan Astro AWANI melaporkan dari Pulau Mabul sempena Hari Laut Sedunia hari ini.