MALAYSIA merupakan sebuah negara pesisir pantai yang berkedudukan strategik di tengah-tengah laluan perdagangan utama di dunia, yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Faktor kedudukan geografinya ini telah menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara maritim yang berkembang maju.
Kebergantungan Malaysia terhadap lautan tidak dapat disangkal lagi, di mana lautan merupakan sumber alam yang penting kepada ekonomi Malaysia. Ia merupakan sumber utama kepada sektor makanan, perdagangan, pengangkutan dan pelancongan.
Secara teorinya, pertumbuhan ekonomi dan pengurusan persekitaran adalah berkait rapat antara satu sama lain dan perlu diseimbangkan untuk mencapai kelestarian lautan. Terkini, beberapa ancaman utama telah dikenalpasti sebagai faktor yang menggugat kelestarian lautan di Malaysia seperti krisis perubahan iklim dan isu pencemaran marin yang tidak terkawal.
Malaysia perlu memainkan peranan dalam memastikan kelestarian laut kerana sekiranya berlaku sebarang ancaman di perairannya, ia bakal menjejaskan ekonomi serta keselamatannya. Pembangunan kelestarian lautan termaktub di bawah Matlamat Pembangunan Lestari 14, yang bertujuan untuk memelihara dan mengguna secara mapan sumber lautan, laut dan marin untuk pembangunan lestari.
Terma lestari dalam konteks ayat tersebut membawa maksud memenuhi keperluan semasa tanpa menggugat keperluan generasi akan datang. Malaysia adalah negara anggota kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berkomitmen penuh dalam melaksanakan kesemua 17 agenda yang digariskan menerusi Matlamat Pembangunan Lestari 2030.
Malaysia telah mewujudkan cabang Ekonomi Biru pada tahun 2019 yang menyasarkan penggunaan sumber laut secara mapan untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan pekerjaan, disamping menjaga kemakmuran dan kesihatan ekosistem laut. Menurut Bank Dunia, Ekonomi Biru merangkumi pelbagai aktiviti seperti industri perikanan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan maritim, pengurusan sisa, pelancongan dan perubahan iklim.
Terdapat dua komponen utama dalam ekonomi biru, iaitu keperluan melindungi dan memulihara punca sumber lautan sedia ada dan mewujudkan peluang berasaskan aktiviti ekonomi laut.
Pada tahun 2020, dapat dilihat bahawa sektor laut Malaysia tidak terkecuali dalam berdepan dengan cabaran global seperti mengekalkan jaminan keselamatan makanan, penjanaan tenaga diperbaharui yang lebih bersih, pemanasan global dan perubahan iklim serta penciptaan peluang pekerjaan.
Untuk mengatasinya, Malaysia telah menerapkan aspek inovasi untuk mengekalkan pembangunan ekonomi laut secara berterusan. Inovasi amat penting untuk mengoptimum pembangunan sektor perikanan dan akuakultur, menambahbaik pengurusan pelabuhan dan perkapalan, eksplorasi gas, minyak dan mineral serta pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga laut. Antara sumber tenaga laut yang dilihat berpotensi menggantikan sumber tenaga konvensional adalah tenaga ombak dan tenaga pasang surut.
Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi nafas baharu kepada sektor laut di mana masyarakat dunia umumnya telah mula melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu.
Dengan kata lain, teknologi automasi dilihat sebagai satu inovasi baharu memainkan peranan penting kepada transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif sektor laut di masa hadapan. Untuk kekal berdaya saing, Malaysia perlu membuat pelaburan dalam pelbagai kajian berkaitan dengan inovasi dalam bidang kelautan dan juga menilai semula dasar sedia ada yang berhubung pengurusan marin dan sumber lautan.
Selain itu, ahli akademik, guru, dan pemimpin masyarakat haruslah mengembeling tenaga dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan laut dan persekitarannya. Ini kerana pemeliharaan laut yang fizikalnya bersifat tiada sempadan amatlah sukar direalisasikan tanpa mayarakat yang mempunyai pemahaman tentang tangunggjawab sosial ini. Di peringkat sekolah dan institusi pengajian, misalnya perlu memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada kesedaran tentang pemeliharan laut dan kepentingan sumbernya. Ini boleh dilakukan melalui kempen kesedaran, aktiviti lapangan bersama masyarakat dan juga pertandingan inovasi.
Hal ini adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang mempunyai komuniti yang berdaya saing, yang berinovatif dan berfikiran ke hadapan. Jika tidak diberi penekanan sewajarnya, ia akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam persaingan di peringkat global. Kecekapan dan keberkesanan pengurusan dalam sektor laut adalah penting dalam mencapai hasil maksimum dari segi pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Usaha ini tidak hanya terletak di bahu agensi kerajaan semata- mata, malah memerlukan pembabitan dan komitmen semua pemegang taruh berkaitan khususnya.
Kesimpulannya, inovasi dalam bidang kelautan mempunyai potensi yang tinggi untuk direalisasikan, namun ia memerlukan hubungan yang rapat dengan bidang kajian penyelidikan. Pengurusan laut di Malaysia harus berteraskan bagaimana mengimbangi keperluan dan penggunaan hasil laut bagi tujuan ekonomi, tanpa membelakangkan kelestariannya. Justeru, dasar Ekonomi Biru yang dilancarkan mencerminkan betapa holistiknya pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam menjaga kesejahteraan lautan tanpa membantutkan pembangunan sosial dan pertumbuhan ekonomi laut.
* Penulis adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar
Sun Jun 07 2020
Malaysia perlu memainkan peranan dalam memastikan kelestarian laut kerana sekiranya berlaku sebarang ancaman di perairannya, ia bakal menjejaskan ekonomi serta keselamatannya. - Gambar hiasan
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.