Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di Sabah disambut dalam suasana sederhana tetapi meriah.
Sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu disambut pada skala kecil yang dihadiri 250 orang.
Perasmian sambutan disempurnakan dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri yang disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, barisan kepimpinan negeri dan penjawat awam.
Sambutan diserikan dengan persembahan koir oleh Perbadanan Pinjaman Sabah, deklamasi puisi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah dan tarian oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Dalam pada itu, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan sentiasa dipraktikkan pihak penganjur dalam memastikan pencegahan penularan COVID-19.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Aug 31 2020
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangga! Jalur Gemilang berkibar di Burj Khalifa
Sudah menjadi kebiasaan untuk melihat bangunan-bangunan di Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Malam ambang kemerdekaan disambut meriah di Terengganu
Lebih 10,000 pengunjung memenuhi Dataran Muara Utara bagi menantikan saat menghitung detik 12 malam.
Hari Kebangsaan ke-63 di Sabah disambut sederhana
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP) akibat pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di Sabah disambut dalam suasana sederhana tetapi meriah.