Tinjauan Astro AWANI pada pagi Jummat ini, mendapati keadaan sekitar Felda tersebut juga tenang dan terkawal.

Sebelum ini aktiviti harian penduduk terbatas dan mereka bimbang untuk keluar dari kediaman masing-masing.

Kehadiran pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan Felda juga membuatkan penduduk merasa lebih selamat.

Anggota keselamatan dlihat berada pada tahap terbaik ditambah suntikan semangat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat mereka pada khamis.

Perdana Menteri dalam lawatannya mengumumkan pengwujudan kawasan keselamatan meliputi dearah Kudat,Tawau,Semporna,Lahad Datu,Kunak dan Sandakan.