KUALA LUMPUR:Beberapa mercu tanda di seluruh dunia akan diwarnai dengan warna tema Hari Kanser Sedunia iaitu jingga dan biru, bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif dan usaha kesedaran di seluruh dunia.
Usaha simbolik ini dibuat bersempena penjajaran Majlis Kanser Negara Malaysia (MAKNA) terhadap Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mencapai masyarakat dengan kesedaran lebih tinggi terhadap kanser, di mana kadar kematian yang boleh dielakkan lebih rendah dan tindakan diambil ke arah dunia tanpa kanser untuk generasi akan datang.
Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd Farid berkata, tahun ini MAKNA telah bergabung dengan Menara KL bersama beberapa bangunan di Putrajaya termasuk pejabat Perdana Menteri, Jambatan Seri Wawasan, Perbadanan Putrajaya, Istana Kehakiman dan Jambatan Seri Gemilang, untuk progam khas satu malam.
"Penyalaan lampu di kesemua menara akan bermula pada 4 Feb dengan Menara KL bermula 8 malam sehingga 12 tengah malam dan Putrajaya bermula 7 petang sehingga 12 tengah malam," katanya dalam satu kenyataan.
Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Feb setiap tahun.
Farahida berkata, selain menyinari mercu tanda tersebut, MAKNA juga bekerjasama dengan tiga artis tempatan iaitu Pip of Art, Chamology dan Ranerrim, untuk mempersembahkan hasil kerja seni mereka bagi menunjukkan intrpretasi dan visi kanser, menerusi karya seni.
"Walaupun dalam keadaan kawalan pergerakan dan impak pandemik sekarang ini, ia amat penting bagi MAKNA untuk merancang sesuatu yang mempunyai impak dan melaksanakan kempen secara dalam talian, supaya orang ramai terus diingatkan yang kanser terus meragut banyak nyawa di seluruh dunia setiap tahun - lebih daripada COVID-19 - dan penting untuk terus mempromosikan kesedaran, pengesanan awal dan gaya hidup sihat," katanya lagi.
Beliau berkata, MAKNA turut mengumpulkan selebriti tempatan seperti Atilia Haron, Siti Saleha, Vince Chong, Amber Chia dan Dina Nadzir untuk berkongsikan pandangan mereka dan menyampaikan pesanan untuk Hari Kanser Sedunia.
"Hari Kanser Sedunia adalah satu peluang untuk berhubung dengan kesemua sektor masyarakat dan pastikan yang setiap daripada mereka melakukan usaha masing-masing.
"Hari ini lebih penting untuk semua orang bekerjasama bagi mencari penyelesaian yang membawa kita kepada masa hadapan tanpa kanser," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021
Penyalaan lampu di kesemua menara akan bermula pada 4 Feb dengan Menara KL bermula 8 malam sehingga 12 tengah malam dan Putrajaya bermula 7 petang sehingga 12 tengah malam. - Bernama
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Hari Kanser 2021: Menara KL, bangunan di Putrajaya disinari warna jingga dan biru
Beberapa mercu tanda di seluruh dunia akan diwarnai dengan warna tema Hari Kanser Sedunia iaitu jingga dan biru.