KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyeru kerajaan menerima pakai pendekatan berteraskan hak asasi manusia dalam usaha membasmi kemiskinan.
Menerusi satu kenyataan, suruhanjaya itu turut menggesa semua pihak berkepentingan memainkan peranan masing-masing ke arah merealisasi dan melindungi hak komuniti rentan.
Jelas Suhakam, ia bagi memastikan mereka dapat menikmati sekurang-kurangnya standard minimum kehidupan yang bermaruah yang ditetapkan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
"Ini termasuk penglibatan aktif golongan rentan dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka, komitmen kerajaan sebagai pemegang amanah untuk memenuhi tanggungjawabnya, memastikan prinsip tiada diskriminasi dan kesaksamaan dipenuhi; dan memperkasakan setiap individu untuk menuntut dan menjalankan hak mereka," kenyataan tersebut dipetik.
Menurut Suhakam, pada 2019, Pelapor Khas PBB mengenai kemiskinan dan hak asasi manusia melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 110 program sokongan sosial yang berbeza melibatkan 20 kementerian dan agensi di Malaysia.
"Sementara mengakui usaha kerajaan untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 dan mengurangkan kemiskinan tegar melalui Pelan Pemulihan Kebangsaan dan Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), penting untuk mengambil maklum bahawa strategi yang lebih selaras diperlukan bagi memastikan semua rancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan," kata Suhakam.
Kenyataan itu dibuat suruhanjaya seiring Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Kemiskinan yang diingati pada 17 Okt setiap tahun bagi menggalakkan setiap negara mempromosi dan menjalankan aktiviti membasmi kemiskinan, yang sesuai dengan konteks negara.
Suhakam pada masa sama berpandangan, pandemik COVID-19 serta kekurangan sistem perlindungan sosial yang menyeluruh, telah memburukkan lagi kerentanan golongan tersebut.
Ia juga menjejaskan kebolehan mereka untuk melindungi diri daripada gangguan atau kehilangan mata pencarian yang disebabkan oleh kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan semasa pandemik.
Terdapat laporan yang menyatakan, bilangan isi rumah miskin telah meningkat daripada 405,400 pada tahun 2019 kepada 639,800 pada tahun 2020.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini menyatakan, kadar miskin tegar negara meningkat daripada 0.4 peratus pada 2019 kepada 0.8 peratus pada 2020.
Astro Awani
Sun Oct 17 2021
Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Kemiskinan disambut setiap 17 Oktober bagi menggalakkan negara mempromosi dan menjalankan aktiviti membasmi kemiskinan, yang sesuai dengan konteks negara.
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
Hari Basmi Kemiskinan: Suhakam seru kerajaan guna pakai pendekatan hak asasi manusia
Suhakam turut menggesa semua pihak berkepentingan memainkan peranan masing-masing ke arah merealisasi dan melindungi hak komuniti rentan.