KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperincikan pelaksanaan kawalan harga ubat-ubatan melalui mekanisme Ketelusan Harga Ubat.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, penyediaan memorandum sedang dilakukan bagi mendapatkan kelulusan daripada Jemaah Menteri.
Jelas beliau, mekanisme Ketelusan Harga Ubat bertujuan mengetahui kos sebenar pengeluaran ubat-ubatan tertentu, sekali gus mengelakkan kenaikan harga yang berpunca daripada pelbagai faktor termasuk gangguan bekalan bahan mentah.
"Ini adalah ketelusan harga... saya nak bawa satu dasar di mana syarikat-syarikat farmaseutikal mestilah membentangkan kepada kerajaan apakah harga yang dijual atau harga yang dikenakan termasuk ubat-ubatan kanser.
"Sebab tidak ada ketelusan harga, maka we at the mercy of big pharma. Kita sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya kos-kos pengeluaran ubat-ubatan tersebut. Maka, kita akan bawa satu kertas untuk diadakan mekanisme Ketelusan Harga Ubat di Malaysia, untuk kita tahu apakah sebenarnya kos yang adil dan berpatutan untuk ubat-ubat tertentu," katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy (BN-Rembau) menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), yang meminta jaminan KKM untuk mengatasi masalah kenaikan harga termasuk melibatkan ubat kanser.
Dalam pada itu, Khairy berkata, masalah yang berlaku ketika ini tertumpu kepada kekurangan bekalan ubat-ubatan, tetapi kementerian sentiasa memantau pasaran sekiranya berlaku kenaikan harga secara mendadak.
Jelas beliau, antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah melepaskan stok penimbal bekalan ubat-ubatan kerajaan Persekutuan untuk pasaran hospital dan klinik swasta, dengan harga yang berpatutan.
"Bermula 22 Julai kita telah menerima pesanan daripada 220 hospital dan klinik swasta dan akan menghantar dua pek, di mana setiap pek mengandungi 1,000 biji untuk setiap klinik swasta. Manakala, lima pek untuk setiap hospital dan harga yang dilepaskan adalah pada harga asal yang dibeli oleh kerajaan.
"(Selain Paracetamol), ada tiga jenis ubat lagi yang boleh kita lepaskan dan sedang menerima pesanan," ujar Khairy menjawab soalan tambahan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang meminta penjelasan adakah kerajaan akan melakukan kawalan harga khususnya melibatkan ubat rawatan harian.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 26 2022
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperincikan pelaksanaan kawalan harga ubat-ubatan melalui mekanisme Ketelusan Harga Ubat, kata Khairy. - Gambar Jabatan Penerangan
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
KKM tubuh dua jawatankuasa kerja tingkatkan tahap kesihatan Orang Asli
Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dalam masa terdekat.
Alasan sakit mental lepas buat jenayah, KKM teliti solusi perundangan - Dr Dzulkefly
Masih terlalu awal untuk Kementerian Kesihatan meminda perundangan membabitkan kes jenayah dilakukan oleh pesakit mengalami masalah mental.
CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan
CUEPACS memohon Kementerian Kesihatan agar segera meneliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan yang dikatakan berkualiti rendah.
84 maut dalam tempoh 24 jam, angka korban Gaza meningkat kepada 42,603
Angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi dengan anggaran 10,000 mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Gaza.