KUALA LUMPUR: Kenaikan tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan bukanlah kejutan bagi rakyat Malaysia, tetapi ia adalah senario yang dijangkakan pada setiap tahun.
Dengan pembukaan semula sempadan negara dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bagi individu yang telah dua tahun tidak kembali bertemu keluarga disebabkan sekatan COVID-19, sudah pastilah teruja untuk pulang ke kampung halaman.
Syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching menawarkan tiket antara RM300 untuk penerbangan pergi balik semasa musim bukan perayaan.
Bagaimanapun, pemantauan Bernama terhadap laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan sekitar 566 peratus, menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri (29 April-8 Mei).
Lily Surianti Suardi, 23, pelajar dari Sabah yang sedang mengikuti program ijazah di Universiti Selangor (UniSEL), berpendapat bahawa syarikat penerbangan harus mempertimbangkan untuk menetapkan kadar berasingan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di semenanjung.
Beliau berkata ini kerana tidak semua pelajar daripada keluarga berkemampuan dan oleh itu syarikat penerbangan tidak boleh menetapkan harga yang melebihi kemampuan semua pihak, terutama golongan pelajar.
"Jika harga tiket (kira-kira) RM1,000 hanya untuk harga tiket penerbangan, banyak pihak yang tidak mampu, lebih-lebih lagi ditambah dengan pendapatan keluarga ekonomi rendah.
"Ada yang datang daripada kalangan B40 ingin balik raya namun disebabkan harga tiket melonjak naik, pelajar macam saya membatalkan hasrat untuk pulang raya di kampung halaman," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagi eksekutif, Fatin Afiqah Yamin, 25, telah membeli tiket AirAsia ke Kuching pada awal Mac dan dijangka berlepas pada 23 April.
Beliau berkata tiket itu dibeli awal untuk mengelak permintaan tinggi tiket pada musim perayaan kerana tempat duduk yang terhad.
"Sebagai perbandingan, tiket yang dibeli untuk tarikh tersebut adalah RM198, tetapi sekarang telah meningkat kepada RM318 apabila saya menyemak semula harga tiket terkini, hari ini.
"Jadi (RM318) masih mahal dan perbezaannya besar daripada RM198 yang dibeli untuk penerbangan pergi balik," kata Fatin Afiqah.
Sebelum itu, seorang pengguna Facebook dengan nama Fandyi Sanizan pada 6 April lepas, membuat hantaran merayu syarikat penerbangan tempatan untuk mengurangkan harga tiket penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sandakan.
Melalui syot kilat yang dihantar, ia menunjukkan tiket sehala oleh AirAsia dari Kuala Lumpur ke Sandakan dijadual berlepas pada 30 April ini, berharga RM1,049 manakala harga tiket pergi balik oleh FireFly bagi laluan sama dan tarikh yang sama berharga RM1,400.
Pemerhatian Bernama berdasarkan komen pengguna daripada kumpulan Facebook awam, AirAsia Flight Share Information pada 26 Mac lepas, yang bertanya kepada ahli-ahlinya mengenai tiket penerbangan yang dibeli untuk perjalanan Hari Raya Aidilfitri ke Sabah, menunjukkan rata-rata telah membeli tiket itu seawal tahun lepas.
Seorang daripada mereka yang menggunakan nama pengguna GJ Musang berkata: "Beli tahun lepas pergi balik untuk tiga orang RM1,682."
Seorang lagi pengguna, Jue Dalilah mengulas bahawa keluarganya membeli tiket dua hala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kesemua 18 ahli keluarga pada Disember tahun lalu, berharga RM258 seorang (sehala RM129).
"Satu family balik beraya, dah berapa tahun tak dapat balik.. time beli tu berbelah bahagi juga takut la ada apa-apa lagi musim pandemik ni kan.. nasib la beli ja hari itu. Telah beberapa tahun kami tidak pulang (ke Tawau) untuk sambutan Hari Raya," katanya.
Pada 27 Nov tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata syarikat penerbangan perlu mencari jalan tengah bagi menyelesaikan isu kenaikan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terutamanya menjelang cuti akhir tahun dan musim perayaan.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sememangnya memahami kekangan perniagaan dihadapi syarikat penerbangan disebabkan COVID-19 yang menjejaskan operasi serta pendapatan syarikat dan tidak akan campur tangan dalam urusan syarikat penerbangan dengan menetapkan harga siling tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang mahal membebankan individu yang telah dua tahun tidak kembali bertemu keluarga ekoran sekatan COVID-19. - Foto Bernama
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sabah laksana pelbagai inisiatif tangani masalah bekalan air - Shahelmey
Ia termasuk pembinaan projek LRA Kasigui bagi meningkatkan bekalan air di Putatan serta sebahagian kawasan selatan Kota Kinabalu.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.