PUTRAJAYA: Harga simen pada kadar berpatutan akan ditawarkan kepada pemaju rumah mampu milik yang membangunkan kategori rumah berharga RM300,000 ke bawah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mengambil kira pengurangan harga simen itu berbanding harga pasaran, Anwar berkata ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.
"Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit," katanya.
Beliau berkata langkah itu adalah bagi merealisasi hasrat Kerajaan Perpaduan untuk menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika menyampaikan perutusan khas sempena perayaan Aidilfitri 2023 di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Harga simen berpatutan ditawar kepada pemaju rumah mampu milik - PM Anwar
Harga simen pada kadar berpatutan akan ditawarkan kepada pemaju rumah mampu milik yang membangunkan kategori rumah berharga RM300,000 ke bawah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harga simen, besi terus catat peningkatan pada Januari 2023 - DOSM
Mohd Uzir berkata, indeks harga seunit simen meningkat 2.6% pada Jan 2023 berbanding Dis 2022, peningkatan tiga bulan berturut-turut.

Harga simen mahal didorong kenaikan harga bahan mentah
Bahan mentah mengalami kenaikan harga, termasuk arang batu yang kini merangkumi 30% hingga 40% daripada kos pengeluaran simen.

KPDNHEP siasat CMS Cement
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah menghantar notis untuk mendapat maklumat mengenai perbezaan harga simen yang ketara dari pemain industri di Sarawak.