Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen manakala diesel pula turun 2 sen berkuat kuasa 29 Ogos hingga 4 September ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.71 seliter dinaikkan kepada RM1.72 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 dinaikkan kepada RM2.02 seliter yang mana sebelum ini RM2.01 seliter.

Kementerian itu juga mengumumkan penurunan harga runcit diesel yang turun daripada RM1.80 seliter kepada RM1.78 seliter.

Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Katanya lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.