KUALA LUMPUR: Pelbagai barangan keperluan asas ditawarkan pada harga 15 hingga 20 peratus lebih rendah daripada di pasaran sempena Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan dilancarkan pada petang esok.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif yang melibatkan pelbagai agensi dan syarikat swasta itu dapat memberi manfaat kepada pengguna terutamanya golongan B40.
Antara barangan keperluan asas yang bakal ditawarkan termasuk telur ayam, ikan segar, cili merah, bawang besar, sardin dan susu pekat manis.
"Program ini susulan langkah penguatkuasaan yang diambil oleh 2,300 anggota penguat kuasa KPDNHEP seluruh negara termasuk menggerakkan lebih 1,000 pegawai pemantau harga bagi mengawal 480 produk kawalan di premis seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Program itu akan dilancarkan di Dataran Perpustakaan Lembah Pantai di sini, pada 5 petang esok.
Kenyataan itu juga memaklumkan kementerian sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi pelaksanaan program tersebut di setiap negeri terutama di kawasan bandar besar, pinggir bandar dan pedalaman bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup ekoran peningkatan harga barangan keperluan asas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Antara barangan keperluan asas yang bakal ditawarkan termasuk telur ayam, ikan segar, cili merah, bawang besar, sardin dan susu pekat manis.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
Harga rendah hingga 20 peratus di Jualan Keluarga Malaysia
Pelbagai barangan keperluan asas ditawarkan pada harga 15 hingga 20 peratus lebih rendah daripada di pasaran sempena Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan dilancarkan pada petang esok.