Harga runcit mingguan bagi produk petroleum turun hingga dua sen bermula tengah malam ini.

Harga petrol RON95 turun sebanyak dua sen kepada RM1.89, RON97 juga turun dua sen kepada RM2.15, manakala diesel turun empat sen kepada RM1.84 seliter.

Harga baharu ini berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 5 Julai, 2017.