KUALA LUMPUR: TH Plantations Berhad merekodkan untung bersih berjumlah RM32.6 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2021, meningkat 144% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, RM13.35 juta.
Pendapatan bagi tempoh itu juga meningkat 38% kepada RM176.15 juta berbanding RM127.57 juta tahun lalu.
Bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, untung bersihnya meningkat kepada RM52.17 juta lebih tinggi berbanding RM400,000 yang direkodkan pada separuh pertama tahun kewangan 2020.
Dalam makluman di Bursa Malaysia pada Rabu, TH Plantations berkata, pendapatan yang melonjak 26.44% kepada RM307.39 juta pada separuh pertama itu sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan harga minyak sawit mentah.
Selain itu, katanya, prestasi itu juga disumbangkan menerusi pengurusan kos yang efektif dan peningkatan kecekapan.
"Pengeluaran minyak sawit mentah secara menyeluruh bagi industri adalah rendah pada suku kedua 2021 iaitu 9.33% berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Ini memandangkan kumpulan belum pulih sepenuhnya daripada kitaran musim pengeluaran rendah, kesan cuaca dan isu kekurangan tenaga buruh yang masih berpanjangan," katanya.
Pada suku kedua itu, kumpulan mengeluarkan 41,055.45 tan metrik minyak sawit mentah, iaitu 10.45% lebih rendah bagi tempoh sama 2020.
"Dengan mengambil kira paras inventori yang rendah di Malaysia, permintaan tinggi dan kekangan bekalan minyak boleh dimakan di peringkat global, kumpulan menjangkakan harga minyak mentah kekal kukuh dan baik," tambahnya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Aug 25 2021

TH Plantations Berhad merekodkan untung bersih berjumlah RM32.6 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2021, meningkat 144% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, RM13.35 juta. -Gambar fail

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Keuntungan bersih TH Plantations susut 63 peratus kepada RM9.76 juta
Perubahan nilai saksamanya dalam aset biologi menguncup 288.5 peratus kepada negatif RM20.90 juta daripada RM11.08 juta sebelum ini.

Harga minyak sawit bantu TH Plantations catat untung bersih RM32.6 juta
Pendapatan bagi tempoh itu juga meningkat 38% kepada RM176.15 juta berbanding RM127.57 juta tahun lalu.

TH Plantations catat untung bersih RM13.99 juta bagi tahun kewangan 2020
TH Plantations Bhd (THP) kembali mencatatkan keuntungan dengan meraih untung bersih RM13.99 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

TH Plantations sangkal dakwaan NGO
TH Plantations mengulas laporan media harian bertajuk "IOI drops TH Plantations amid Greenpeace controversy".

Untung sebelum cukai suku 3 TH Plantations turun kepada RM14.97 juta
Keuntungan sebelum cukai TH Plantations Bhd bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2015, turun kepada RM14.97 juta daripada RM18.777 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.