PUTRAJAYA: Harga ayam standard di Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM8 sekilogram dalam masa terdekat, berbanding RM8.90 sekilogram pada masa kini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata paras harga itu dapat dilaksanakan selepas Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan sewa premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan itu.
"Kita akan turunkan harga ayam di Kuala Lumpur, sekarang ni daripada RM8.90 sekilogram ke RM8 sekilogram, caranya ialah kami akan memberi kelonggaran sewa kepada premis-premis DBKL.
"Kalau sekiranya menurunkan sewa tu masih belum cukup, kita akan bagi percuma (sewa) kepada premis ini untuk bolehkan mereka turunkan harga ayam dan barangan lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kementerian Wilayah Persekutuan Sihat dan Hebat di sini hari ini.
Shahidan berkata harga ayam standard di Putrajaya juga akan diturunkan ke paras bawah RM8 sekilogram dalam masa dua minggu akan datang, berbanding RM8.50 sekilogram ketika ini.
Pada 21 Julai lepas, Shahidan mengumumkan ayam standard di semua pasar awam di Putrajaya dijual pada harga RM8.50 sekilogram bermula Ogos, lebih rendah daripada harga siling runcit RM9.40 sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Shahidan berkata, paras harga itu dapat dilaksanakan selepas Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL menurunkan sewa premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan itu. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.