SERDANG: Harga ayam boleh didapati dengan lebih rendah berbanding harga siling yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram (kg), meskipun kerajaan menamatkan sepenuhnya subsidi dan harga kawalan ayam bermula esok.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemain industri telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa harga ayam tidak akan naik mendadak mulai 1 Nov serta memberi jaminan bekalan ayam mencukupi.
"Setelah pelaksanaan (subsidi dan kawalan harga ayam) selama 20 bulan, kita melihat dengan jaminan daripada industri bahawa kita boleh apungkan harga ayam.
"Pihak industri juga memberikan jaminan bahawa bekalan ayam mencukupi dan mereka berupaya untuk menjual pada kadar lebih rendah daripada harga kawalan (sebelum ini)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di sini hari ini.
Meskipun telah mendapat jaminan daripada pihak industri, Armizan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetap menggerakkan 900 pegawai pemantau harga ke semua kawasan esok untuk memantau harga ayam dan mengambil tindakan perundangan jika perlu.
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga ayam tidak boleh dijual melebihi RM9.40 per kg.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu semalam, mengumumkan kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 Nov, manakala melanjutkan pemberian subsidi dan harga kawalan telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.
Beliau berkata penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, selain meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Armizan berkata KPDN kini dalam proses akhir untuk meminda Akta Persaingan 2010 (Akta 712) dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 (Akta 713) yang dijangka dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun hadapan.
Beliau berkata pindaan terhadap Akta 712 antaranya memasukkan komponen baharu dikenali rejim kawalan penggabungan bagi mengawal selia sekiranya wujud elemen kecenderungan syarikat untuk bergabung dan berpakat dalam mengehadkan harga dan pengeluaran.
Menurutnya, sejak 2012 hingga Oktober 2023, MyCC telah mengambil tindakan terhadap 247 syarikat dengan penalti kewangan mencecah RM175 juta kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 712 manakala 430 kes masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika sidang media pada Majlis Perasmian Hari Terbuka MyCC 2023 di Universiti Putra Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.