KERIAN: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini, ditutup petang tadi, apabila kesemua 110 mangsa membabitkan 26 keluarga dibenarkan pulang.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, PPS berkenaan ditutup berkuat kuasa jam 5 petang Jumaat.
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak dan agensi terlibat yang bertungkus-lumus mengurus selia PPS dengan baik dan cemerlang.
Dengan penutupan itu, bermakna hanya sebuah PPS masih dibuka iaitu di SK Alor Pongsu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, jumlah mangsa banjir di daerah Kerian berkurangan kepada 50 orang daripada 17 keluarga malam ini berbanding 160 orang daripada 43 keluarga pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata kesemua mangsa kini masih ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu setakat 7 malam.
"Sementara itu, sebuah lagi PPS di daerah berkenaan iaitu di SK Changkat Lobak yang menempatkan 110 daripada 26 keluarga ditutup sepenuhnya pada kira-kira 5 petang tadi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Banjir selama lapan hari di Mukim Beriah, Alor Pongsu, di sini memberikan kesan buruk seperti kediaman dipenuhi kotoran dan lumpur selain mengakibatkan kerugian termasuk kepada seorang penternak ayam Mohammad Nasir Ismail, 41.
Beliau berkata 24 ekor ayam kampung dan kacukan Arab bernilai hampir RM1,500 yang diternaknya hilang atau mati dibawa arus deras pada Jumaat lepas.
"Dalam beberapa jam sahaja, air naik mendadak dan menenggelamkan reban ayam malah ada juga ayam baka Arab yang mati dimakan ular sawa," katanya yang menjual ternakan itu di Taiping, Kuala Kangsar dan Pulau Pinang.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 27 2021
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, PPS di SK Changkat Lobak ditutup 5 petang tadi. - Gambar/ Astro AWANI
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Mangsa banjir Perak meningkat kepada 80 orang
Kawasan terjejas juga bertambah kepada enam, berbanding hanya tiga di sebelah petang semalam.
Mangsa banjir di Perak kekal, 102 di empat PPS
Pada Sabtu, banjir di daerah Hilir Perak, Kerian dan Kinta mencatatkan jumlah kekal sama seperti tengah malam tadi.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak kekal setakat pagi ini
Di Perak, tiada pertambahan mangsa banjir direkodkan dan empat PPS masih beroperasi dengan jumlah mangsa kekal 178 orang.
Mangsa banjir di Perak menurun, 423 orang di lima PPS
Jumlah mangsa pada lewat malam tadi ialah 457 orang daripada 136 keluarga dan berkurang kepada 423 pada jam 8 pagi tadi.
Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini, Selangor semakin pulih
Di Selangor, jumlah mangsa banjir di PPS berkurang sedikit kepada 697 mangsa berbanding 702 malam tadi.
Mangsa banjir di Perak, Selangor catat peningkatan pagi ini
Di Selangor, 768 orang daripada 196 keluarga berlindung di sembilan PPS, meningkat berbanding 722 orang daripada 184 keluarga malam tadi.
Banjir Perak meningkat, 340 mangsa ditempatkan di empat PPS
Penambahan berlaku di daerah Hilir Perak di mana 21 mangsa daripada enam keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI, Langkap.
Banjir Perak: Jumlah mangsa meningkat kepada 299 pagi ini
Jumlah itu meningkat berbanding 285 orang daripada 82 keluarga yang dilaporkan tengah malam tadi.
Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak
Di daerah Hilir Perak, 105 orang daripada 33 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.