HASRAT Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.
Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli, 33, sempat melihat Farha, 34, bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya.
Kini, hanya anaknya, Falisha yang berusia setahun empat bulan menjadi peneman Muhammad Fadzli, malah dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu kepada puteri sulungnya itu.
Sempat keluar bersama sehari sebelum pergi
Berkongsi kisah memilukan itu, Muhammad Fadzli berkata, Farha tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meninggalkannya malah, mereka sempat keluar bersama sehari sebelum pemergian mengejut itu.
Bagaimanapun, katanya, beberapa hari sebelum kejadian, isterinya yang mengandung tiga bulan 28 hari ada mengadu sakit perut dan sudah dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
“Saya tidak berlengah dan terus membawanya ke klinik apabila dia mengadu sakit dan pertama kali kami ke klinik pada Selasa minggu lalu (2 Ogos) serta dimaklum doktor bahawa isteri mengalami kencing kotor sahaja.
“Kali kedua ke klinik pada Khamis (4 Ogos) yang mana doktor ketika itu beritahu ada angin dalam badan tetapi katanya kandungan dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi.
Tiba-tiba alami pendarahan
Menurutnya, penjelasan doktor melegakan mereka untuk seketika hinggalah Farha tiba-tiba mengalami pendarahan pada keesokan harinya.
Tanpa berlengah, Muhammad Fadzli terus membawa Farha bersama Falisha ke Hospital Pontian namun, takdir Allah SWT menetapkan wanita kesayangan itu meninggal dunia sebelum mereka sempat tiba di hospital.
“Saya masih ingat lagi, saya genggam tangan isteri ketika dalam perjalanan ke hospital dan pada mulanya genggaman itu kuat. Lama kelamaan, tangannya jadi sejuk dan saya tahu ketika itu isteri sudah tiada lagi. Saya tetap membawanya ke hospital untuk pengesahan.
“Semuanya terjadi begitu pantas malah isteri tidak sempat mengungkap sepatah kata pun sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dalam kesakitan yang teramat,” katanya yang memberitahu isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pengkalan Raja, Pontian, Johor, kira-kira 6 petang Jumaat.
Masih terasa kehilangan arwah
Menurutnya, dia tidak kuat untuk menziarahi pusara isteri kerana kehilangannya sangat dirasai, malah tidak sanggup pulang ke rumah mereka di Taman Pulau Hijauan, Kangkar, Pulai disebabkan kenangan indah bersama.
“Sebelum ini kami bertiga dan bakal menimang anak yang mana kandungan isteri sudah cukup sifat. Kini hanya tinggal saya dan Falisha sahaja,” katanya yang menetap sementara di rumah mentua di sini. - Pa&Ma
Pa and Ma
Thu Aug 11 2022

Muhammad Fadzli berkata, Farha tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meninggalkannya malah, mereka sempat keluar bersama sehari sebelum pemergian mengejut itu. - Gambar/ Pa&Ma
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Hanya mampu genggam tangan, tak cakap apa-apa. Isteri pergi bersama kandungan'
Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.