IPOH: Berpunca daripada alat pembesar suara (speaker), seorang lelaki maut dicekik dalam pergaduhan membabitkan beberapa lelaki di hadapan sebuah warung di Flat Ashby Road di sini sekitar pukul 7 pagi tadi.
Tragedi itu menyebabkan mangsa Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut di lokasi kejadian.
Muhammad Noor Faqih dikatakan telah mencuri pembesar suara milik seorang daripada suspek.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika kejadian, mangsa yang berada dalam keadaan tertiarap telah dicekik daripada belakang oleh salah seorang suspek sebelum maut.
“Saya difahamkan suspek tidak berpuas hati sebab mangsa telah mencuri speaker kepunyaan salah seorang suspek. Berlaku sedikit pertengkaran dan menyebabkan mangsa terbunuh dalam kejadian.
“Kita percaya (suspek) ada masalah mental sedikit mangsa ini. Salah seorang itu (suspek) adalah tuan punya gerai. Jadi, dia datang untuk membantu salah seorang suspek. Semasa mereka bertanya (mangsa) berlaku pergelutan dan masa itu mangsa meninggal dunia,” kata Mior Faridalathrash.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (jenayah dalam talian) tahun 2021 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Mior faridalathrash memberitahu, susulan kejadian berkenaan, ketiga-tiga suspek berusia 60, 43 dan 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan selain sebilah pisau lipat yang ditemui di lokasi kejadian turut dirampas.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Amirrul Rabbani
Thu Nov 25 2021

Anggota dan pegawai polis mengusung mayat mangsa ke kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi bedah siasat.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 41 individu termasuk lima warga asing dalam dua operasi berasingan di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

Larangan azan: JMB Tri Pinnacle mohon maaf secara terbuka
Beliau berkata, pihaknya tidak berniat untuk melarang laungan azan di Surau Saidina Umar yang terletak di blok A kondominium tersebut.

Bunuh: Polis kesan individu sebar gambar
Sekeping gambar yang tular di media sosial sebelum ini didapati berunsurkan fitnah kononnya pihak polis tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut.

Tiga bersaudara direman bantu siasatan kes bunuh depan warung
Tiga bersaudara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dicekik dalam pergaduhan.

Hanya kerana pembesar suara, lelaki maut akibat dicekik
Mangsa yang berada dalam keadaan tertiarap telah dicekik daripada belakang oleh salah seorang suspek sebelum maut.

Isu azan: Penduduk mengadu surau tak dibenar guna pembesar suara
ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli memandang serius isu tidak dibenarkan azan menggunakan pembesar suara di sebuah taman perumahan di Puncak Alam.

Sentuhan jurutera anak tempatan dalam kereta McLaren Senna
Rekaan pembesar suara (speaker) unik ciptaan Ruslin dipasang di dalam kereta buatan Britain itu.

Dron digunakan secara meluas termasuk sebelah malam
Jika sebelum ini digunakan pada sebelah siang, penggunaan dron kini diperluaskan pada sebelah malam yang menyaksikan dron ATM, umpamanya, digunakan dalam 'Op Penawar' bermula malam tadi.

Imam ditikam kerana baca al-Quran guna pembesar suara
Seorang pemuda naik hantu dengan bertindak menikam dada seorang imam ekoran tidak berpuas hati mangsa yang membaca al-quran menggunakan pembesar suara.

SPR belum terima laporan kesalahan sepanjang proses penamaan calon
Azmi Sharom berkata SPR tidak menerima sebarang laporan atau aduan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat kawalan keselamatan.