SANDAKAN: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang selepas disambar buaya di Sungai Seguntor, berdekatan Taman Kenari, Batu Tujuh, di sini, berjaya menemukan bahagian kepala mangsa, pada Ahad.
SAR memasuki hari ketiga itu, menemukan bahagian kepala mangsa berkenaan 300 meter dari lokasi lelaki, dikenali sebagai Abdul, dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, SAR dimulakan pada jam 7.30 pagi.
Pada jam 8 pagi, anggota badan mangsa itu ditemui terapung.
Anggota bomba kemudiannya membawa bahagian anggota badan berkenaan ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, setakat ini SAR masih diteruskan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Jimmy berkata demikian dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan seorang lelaki yang baru pulang dari menunaikan solat Isyak di masjid berdekatan cuba menyeberang sungai menggunakan rakit untuk pulang ke rumahnhya kira-kira jam 8.50 malam, Jumaat.
BACA: Lelaki hilang disambar buaya ketika seberang sungai
Bagaimanapun, lelaki berkenaan tiba-tiba disambar buaya sebelum dilaporkan hilang.
Radhi Muslim
Sun Sep 11 2022
Anggota bomba membawa kepala mangsa yang ditemui terapung di sungai untuk diserahkan kepada pihak polis. - Foto JBPM
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati
Jabatan Hidupan Liar lepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah diambil daripada mulutnya.
Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dibuka semula kepada awam
Aktiviti riadah, berjoging dan berkelah di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam kini boleh dilakukan seperti biasa.
Tiada lagi buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 - Perhilitan
Perhilitan Selangor mengesahkan Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini selamat dan tiada buaya lain dikesan berada di kawasan berkenaan setakat ini.
Perhilitan minta MBSA tutup sementara Taman Tasik Shah Alam waktu malam
Perhilitan meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) agar terus menutup Taman Tasik Shah Alam pada waktu malam bagi tempoh sehari hingga dua hari lagi.
Perhilitan Selangor pasang perangkap buaya di Tasik Shah Alam
Perhilitan Selangor memasang dua perangkap di Tasik Shah Alam Seksyen 7 di sini bagi menangkap buaya tembaga yang muncul di kawasan rekreasi itu sejak beberapa hari lepas.
Perhilitan pantau kehadiran buaya di tasik Shah Alam
Perhilitan pantau kehadiran buaya di Tasik Shah Alam
Lelaki diserang buaya ketika jala ikan di Pantu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi ini, kerana keadaan malam tadi sudah terlalu gelap.
Pemaju hartanah nafi dakwaan blogger tentang serangan buaya di Forest City
Hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan reputasi.
Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham
Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 hari ini.
Fahami konflik manusia-buaya supaya wujud menang-menang dalam kitaran alam
Pemahaman biasa atau umum mengganggap kehadiran buaya memberi kesan negatif terhadap kepentingan manusia.