PUTRAJAYA: Seorang bekas pengerusi kumpulan agama di Kota Bahru, Kelantan yang sebelum ini dipenjara lapan tahun dan empat sebatan atas kesalahan menyara hidupnya menggunakan wang hasil persundalan dua tahun lalu dikurangkan kepada penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, dalam rayuan itu, Chan Boon Lee, 40, gagal mengetepikan sabitan bersalah atas pertuduhan menyara hidupnya menggunakan wang hasil empat pelacur Thailand pada Januari 2021.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Azhahari Kamal Ramli turut mengurangkan hukuman sebat daripada empat kepada dua sebatan.
Panel itu menolak rayuan Chan terhadap sabitan kesalahannya tetapi membenarkan rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebat.
Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Ruzima berkata keterangan yang diberikan oleh salah seorang wanita Thailand itu sudah memadai untuk membuktikan bahawa Chan menyara hidupnya hasil pendapatan pelacur berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadap Chan adalah keterlaluan.
Chan pada mulanya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 2022 selepas didapati bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah unit pangsapuri di tingkat 22 Apartment D' Perdana Sri Cemerlang, Jalan Sri Cemerlang di Kota Bahru, pada jam 11.30 malam,15 Jan 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas.
Menurut kes pendakwaan, sepasukan polis yang menyerbu apartmen itu menemui Chan dan seorang wanita Thailand di duduk di meja ruang tamu dan selepas pemeriksaan menemukan 12 kondom dan wang tunai RM1,350.
Turut berada dalam apartmen itu itu ialah tiga lagi wanita Thailand dan lapan lelaki Bangladesh.
Empat wanita itu menyediakan perkhidmatan seksual kepada lelaki Bangladesh itu dengan bayaran RM150 bagi setiap langganan dengan RM50 diberikan kepada Chan daripada setiap transaksi.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya,Eyu Ghim Siang manakala Chan diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Panel hakim menolak rayuan Chan terhadap sabitan kesalahannya tetapi membenarkan rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebat. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Hanya hukuman dikurangkan, sabitan dikekalkan - Mahkamah
Panel hakim menolak rayuan Chan terhadap sabitan kesalahannya tetapi membenarkan rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebat.