Hanya 75 Orang Diparol (ODP) terjebak semula dalam jenayah daripada jumlah besar 17,081 parol sejak 2008 sehingga Jun lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata angka itu mewakili 0.44 peratus daripada keseluruhan ODP dan merupakan pencapaian terbaik bagi Jabatan Penjara.
Jelasnya, ia merupakan pencapaian pendekatan korektif yang memberi sasaran positif melalui Program Pembangunan Insan, Sistem Parol dan Pemulihan Masyarakat.
"Mereka yang terjebak semula sebagai banduan berulang adalah 0.44 peratus. Ertinya jadi banduan biasa, keluar awal tetapi dipantau, ada 17,000. Berapa ramai yang buat jenayah berulang? Hanya 75 orang daripada 75,000.
"Ertinya lagi, dalam penjara pemulihan kemasyarakatan satu kejayaan, dan parol satu kejayaan," katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.
BACA: Sistem Parol buka peluang kedua buat banduan - KP Penjara
BACA: Sistem Parol bantu kurangkan kadar jenayah berulang - Ahmad Zahid
Sistem Parol yang dibuat oleh Jabatan Penjara turut dilaksanakan di beberapa buah negara maju seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.
Sistem Parol adalah satu pelepasan secara Perintah Parol, yang mana penghuni yang layak boleh memohon dilepaskan bagi menjalani baki hukuman di luar penjara.
Pelepasan ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Parol dan ia merupakan kesinambungan kepada program pemulihan dalam penjara iaitu Program Pembangunan Insan (PPI) yang mana 90 peratus banduan perlu mengikuti program ini.
Selain itu, Sistem Parol juga bertujuan memudahkan penerimaan penghuni dalam kalangan keluarga serta masyarakat dalam proses memulihkan mereka.
Dalam pada itu Datuk Seri Ahmad Zahid menjelaskan, antara kejayaan agensi di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia adalah pencapaian 21 peratus kelulusan pas penggajian dalam tempoh lima hari bekerja dan 143 peratus dalam pembaharuan pasport atas talian dalam tempoh satu jam.
Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid lagi, KDN juga akan terus mengekalkan tahap pengurusan tahap pengurusan keselamatan, kewangan, integriti dan kualiti yang tinggi agar tiada kelompongan yang boleh dijadikan modal politik dan sosial untuk diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Pada majlis sama, Datuk Seri Ahmad Zahid turut melancarkan Jurnal Koreksional Malaysia, Pemakaian Pangkat Kehormat Jabatan Penjara Malaysia, menyampaikan Sijil Penghargaan AKSEM dan penyerahan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Sementara itu, bekas banduan dari Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Arun Vythilingam, 39 tahun, berkata pendekatan korektif melalui program pembangunan insan, sistem parol dan pemulihan masyarakat telah berjaya membentuk dirinya.
Arun yang berasal dari Klang, Selangor merupakan bekas banduan yang menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun kerana melakukan jenayah rompak berkumpulan.
Dia kini menjadi penyelia di sebuah ladang nanas di Seri Menanti sejak keluar daripada penjara pada Oktober tahun lalu.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 28 2017

TPM AHMAD ZAHID: Hanya 75 Orang Diparol (ODP) terjebak semula dalam jenayah daripada jumlah besar 17,081 parol sejak 2008 sehingga Jun lepas. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Hanya 75 ODP terjebak semula jenayah - TPM Ahmad Zahid
Hanya 75 Orang Diparol (ODP) terjebak semula dalam jenayah daripada jumlah besar 17,081 parol sejak 2008 sehingga Jun lepas.